SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Apa relevan PROGRAM RAKAN MUDA pada 13 Mac 2004?Assalamualaikum... Baru2 ini saya ke Kolej Universiti Islam malaysia di Pandan Kuala Lumpur untuk menemui rakan baik saya. Semasa menanti kehadirannya, saya melalui lorong bawah berdekatan lif dan terdapat beberapa memo di situ yang mana di antaranya PROGRAM RAKAN MUDA yang di adakan pada 13 Mac 2004 iaitu semasa hari pengundian bagi Calon2 Pilihanraya ke 11 ini. Apa relevannya dibuat pada masa itu. Dan program tersebut saya anggap akan dihadiri oleh semua mahasiswa-mahasiswi seluruh IPT memandangkan hanya seramai kurang 100 orang sahaja dijemput hadir dari KUIM tersebut. Sudah terang lagi bersuluh kerana program tersebut adalah anjuran pihak kerajaan dan tentulah ada AGENDA besar yang MEMPERGUNAKAN mahasiswa dalam tujuan politik ini. Diharap ada pihak memantau program ini bagi memanaskan lagi isu2 berkaitan LARANGAN mahasiwa/wi dari berkempen atau jadi alam kempen yang jelas pihak BN sendiri 'DOUBLE STANDARD' malah boleh dikatakan TRIPLE, FORTH atau lebih lagi kepada parti lawan! Teruskan BA, TAWAN lagi 4 negeri - PAHANG, KEDAH, SELANGOR dan PERLIS dan pecahkan tembelang UMNO di JOHOR, NEGERI SEMBILAN dan MELAKA. Wassalam___________________________ Terbitan : 15 Mac 2004
Diterbitkan oleh : |