SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun SPR PATUT BUBAR, PEMIMPIN BA MESTI BERANISelepas pilihanraya umum ke 11, kenyataan demi kenyataan telah dibuat oleh Pengerusi SPR sebagai usaha membersihkan badan yang dikatakan bebas itu. Terbaru, kenyataan oleh Setiausaha SPR yang beberapa kali menyatakan pegawai-pegawainya amanah dan tidak tidur malam bekerja untuk menjayakan pilihanraya baru-baru ini. Oleh kerana tidak tidur dan terlalu amanah, maka terhasillah kesan-kesan dari kerja-kerja mereka yang begitu jijik dan memualkan. Alasan tekanan yang dialami oleh pegawai-pegawai SPR, memang kita akui begitu hebat. Tetapi, tekanan dari siapa yang beliau maksudkan? Adakah tekanan untuk menentukan sesuatu misi pihak tertentu mesti dicapai? Seharusnya pegawai-pegawai SPR juga faham bahawa bukan mereka sahaja yang bekerja kuat atau tidak tidur malam beberapa minggu, tetapi kami petugas-petugas jentera parti pembangkang juga begitu. Jika kamu tidak tidur untuk bekerja sekurang-kurangnya kamu punyai jentera dan kewangan yang disediakan oleh kerajaan. Tetapi kami bekerja siang dan malam tanpa henti kebanyakannya terpaksa membelanjakan wang sendiri. Bayangkan, setelah kami berkorban tenaga dan wang ringgit, akhirnya kami terpaksa menerima keputusan yang samasekali tidak adil, kotor, jijik dan langsung tidak bertamaddun. Kami boleh menerima kekalahan dengan hati terbuka kerana kami sudah lali dengan kekalahan, tetapi bukan dengan cara yang penuh keraguan dan ketidak adilan. Jika SPR ingin membersihkan namanya secara ikhlas, maka tiada jalan lain melainkan mengusulkan bahawa pilihanraya umum ke 11 adalah dibatalkan. Jika sehelai kertas soalan peperiksaan sekolah pun dijumpai, pihak Kementerian Pendidikan akan membatalkan kertas atau peperiksaan tersebut demi keadilan pada semua, inikan pula proses memilih kerajaan yang terlalu penting untuk rakyat. Banyak keganjilan dan keraguan di dalam pilihanraya kali ini yang membuatkan pemimpin-pemimpin BN sendiri pun tidak begitu ceria menyambut kemenangan mereka. Mungkin mereka tahu semua cerita di belakang keputusan ini. Kepada UMNO, kemenangan kamu tidak diiktiraf oleh rakyat. Di mana-mana rakyat bercerita tentang betapa dayusnya kamu untuk menghadapi pembangkang. Kepada pembangkang pula terutamanya PAS dan KeADILan, sudah tiba masanya kita mengubah cara perjuangan kerana kita kini berdepan dengan parti yang tidak lagi patuh kepada undang-undang ciptaan mereka. Perlukah kita sahaja yang perlu patuh pada semua arahan mereka? Perlukah kita terus bertahan? Jika ini masih perlu, maka lupakan sahaja hasrat kita untuk mendaulatkan Islam dan keadilan di muka bumi Malaysia ini. Tiada gunanya kita punyai penyokong dan jemaah yang berani dan sanggup berkorban untuk Islam dan keadilan, tetapi kita punyai kepimpinan yang masih tetap bersabar dengan musuh-musuh yang setiap hari ingin `membunuh' perjuangan Islam. Semoga Islam terus diperjuangkan dan keadilan terus ditegakkan. ZULHAZMI NS___________________________ Terbitan : 27 Mac 2004
Diterbitkan oleh : |