Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Sokong pulau p'raya ke 12

Saya menyokong pandangan Dr Mariah AJK PAS Pusat, supaya PAS memulau p'raya akan datang jika ketidakadilan dalam menjalankan p'raya terus berlaku. Pihak BA harus mendesak supaya ada wakil BA dalam jawatankuasa siasatan ke atas SPR dan cadangan untuk membawa penyelewengan ini ke peringkat antarabangsa dan majlis raja-raja mestilah dikotakan. Mesti ada pimpinan BA khasnya PAS yang sanggup menjadi lilin untuk turun di jalanan. Kalau DSAI boleh berkorban begitu sekali maka pelapis baru atau pimpinan PAS juga perlu berani sebagai anak jantan. Pemulauan p'raya akan datang akan memudahkan kita menilai prestasi atau ianya boleh dijadikan masa menguatkan jentera untuk turun ke medan perang akan datang.

Tidak rugi kalau kita berehat untuk menguatkan jamaah atau mengatur strategi. Jika pihak lawan meletakkan calon ' window-dressing' itu hak mereka kerana budaya jahat UMNO sebelum ini sudah terbukti. Mereka sanggup buat sesuatu seperti meracun makanan petugas BN/UMNO dalam p'raya kecil di Kedah dulu sbg strategi gila mereka. Biarkan kita terlepas k'tan, trg dan tiada wakil di DUN buat sementara. Lihat tahun 1978 yang pas tinggal 2 batu nesan tetapi kemudiannya kita kembali ke medan dgn tenaga baru. Kalau T.G Haji Abd Hadi mengatakan roda atau gasing akan terus berputar, nah inilah masanya untuk kita menyusun strategi 'pulau p'raya ke 12'. Saya takut pula kalau ada YB PAS terfikir akan gigit jari atau takut kehilangan kedudukan.

Saya juga menyokong supaya beberapa unit/ lajnah termasuk pentadbiran Harakah diserahkan kepada anak-anak muda sbgmana saranan Reformasi muda dalam keluaran lepas. Pimpinan Pemuda dan Muslimat perlu dikendalikan oleh pelapis yang berwibawa. PAS perlu membawa masuk semula tokoh-tokoh seperti Mat Sabu, Mahfuz dan Husam yang sebelum ini mampu mencuit hati anak muda. Mana pelapis yang baru? kenapa tiada usaha untuk menarik minat anak gadis untuk menyokong pas. Mana Puteri Reformasi? dalam usaha utk menarik golongan baru ini PAS perlu berlapang dada dan pandai memilih uslub dakwah. Perlu ingat, Isu Negara Islam dan slogan membangun bersama Islam tidak popular langsung kepada generasi baru atau golongan atas pagar yang berjuta-juta ini dan sudah dilambakkan dengan budaya hiburan dan media yang berat sebelah. Perjuangan pas hanya boleh minat golongan pro Islamik sahaja. Kaum bukan Islam tetap menaruh prasangka. PAS perlu faham hakikat ini. Kalau golongan melayu-Islam pun tak minat dengan perjuangan PAS maka PAS perlu berfikir untuk berani bertindak berstrategik bagi menampilkan PAS mesra dengan anak muda dan kawan bukan melayu. Kalau konsep 'taqiah' itu perlu kenapa tidak dipratikkan. Imej pimpinan ulamak yang menakutkan anak muda dan bukan Islam harus dipulihkan segera. Kepimpinan PAS peringkat negeri perlu dirombak kerana terbukti ada pimpinan yang tidak mesra-rakyat atau tidak berupaya menyatukan jamaah. PAS perlu reformasi dalaman secara total !

abang tua.





___________________________
Terbitan : 14 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)