Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Pengesahan sahaja

Assalamualaikum Webmaster,

Rujukan: Artikal dibawah

Pertanyaan saya ..... jumlah pengundi Terengganu 607,600 (BN 340,974 & PAS 266,626) yang dikira dibawah, termasuk undi parlimen ke tidak?. Kalau ini termasuk undi parlimen, dengan itu jumlah yang keluar pengundi cuma bersamaan 607,600 dibahagi 2 iaitu 303,800.

151,676 disyaki pengundi hantu .. satu bas paling ramai 200 orang .. jadi diperlukan 758 buah bas. Banyak tuh .. memang disepanjang-panjang jalan boleh nampok ni.

Bukang mende tapi fakta kita kene kuat sebelum kita ke mahkamah. Kalu dok malu saja kang ..

Ab Jalil Ali

Pilihan Raya - Bukti penipuan Sial Punya Rashit dibongkar !!

Pilihan Raya - Bukti penipuan Sial Punya Rashit dibongkar !

Muslihat Suruhanjaya Pengkhianat Raya (SPR) yang menipu dengan jelas apabila fakta yang dikeluarkan SPR sendiri, menunjukkan terdapat perbezaan bilangan pengundi yang amat ketara di Terengganu sehingga melebihi 151,676 orang berbanding pengundi berdaftar.

fakta yang diperolehi menunjukkan angka-angka seperti berikut:
Pengundi Berdaftar dengan SPR di Terengganu adalah sebanyak;
Pengundi Biasa : - 450,442
Pengundi Pos : - 5,482
Jumlah Pengundi :- 455,924
Jumlah Kiraan Undi PR 2004 di Terengganu yang dikeluarkan oleh SPR;
Jumlah Undi 2004 BN :- 340,974
Jumlah Undi 2004 BA :- 266,626
Jumlah Pengundi :- 607,600
Perbezaan Jumlah Pengundi Berdaftar vs Jumlah Kiraan Undi Yang diPerolehi
607,600 (-) 455,924 = 151,676
Fakta-fakta yang diperolehi daripada SPR, dari laman web SPR dan akhbar-akhbar pro-Barisan Nasional(BN).
BN tidak perlu kecoh2 dengan kemenangan palsu yang sengaja ada-adakan.
kalu nak menang pun...jgn nampak sgt buhung...
BN & SPR SANGGUP BUAT APA2 SAJA UNTUK RAMPAS TRG & KELANTAN....JANJI TRG & KELANTAN...DPT DIRAMPAS !......BN/UMNO & Tokeh2 yg membantu BN .... sedang bergelak tawa meraikan "kemenangan" jatuhkan kerajaan islam Trg....dgn taktik kotor !!!

............................................................

Webmaster : Memang melihat kepada pengiraan yang dibuat ada kesilapan. Kesilapan ini berlaku daripada laman SPR dan juga akhbar-akhbar harian. Maklumat yang diberikan sebenar tidak tepat dan banyak kesilapan. Ini adalah kelemahan yang paling teruk dalam sejarah pilihan raya yang dibuat oleh SPR. Maklumat yang diberikan kepada pihak wartawan dan akhbar tidak tepat. Oleh kerana kepincangan ini, ramai penulis mengulas mengikut maklumat yang disiarkan oleh laman SPR dan akhbar-akhbar harian.

Pihak kami hanya menunggu keputusan pilihan raya ke-11 ini diwartakan. Bila diwartakan ia adalah sah, barulah kami akan membuat susulan kepada semua maklumat yang diwartakan tersebut.





___________________________
Terbitan : 1 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)