|

|
SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun |
|
Perginya Lokomotif HAMAS
Abu Muhammad
abu_muhammad2@hotmail.com
Dr. Abdul Aziz Al-Rantisi di lahirkan pada tahun 1947 di desa Yabna,
sebuah
kampung dalam daerah Asqalan, Israel. Beliau di percayai berasal dari
kalangan keluarga besar yang melata antara Damsyik, Amman, dan
Semenanjung
Gaza.
Minat Rantisi pada dunia politik sebenarnya sangat di dorong oleh
penderitaan yang dialaminya semenjak kanak-kanak lagi. Dan, daripada
suasana
sebeginilah yang mencorak keperibadiannya yang sangat tegas dan sukar
untuk
berkompromi terhadap sebarang kezaliman. Beliau juga terkenal sebagai
orator
yang mampu memukau puluhan ribu pendengar. Di samping itu, beliau
sering
kali menjadi khatib shalat Jumaat di masjid-masjid sekitar Semenanjung
Gaza.
Alumni fakulti Perubatan Universiti Alexandria, Mesir, tahun 1971 ini
melu
mencebur diri dalam perjuangan secara serius semasa beliau menuntut
lagi.
Ketika di universiti beliau telah mula berhubungan dengan tokoh-tokoh
Islam
Mesir seperti Sheikh Mahallawi, Sheikh Mahmoud Ied, Ustaz Isa Abduh,
dan
Ustaz Adil Ied.
Kerana kekagumannya terhadap pergerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir,
pada
tahun 1972, sekembalinya dari Alexandria, Rantisi terus bergiat sebagai
doktor di bandar Khan Yunis. Dikhabarkan pada satu peristiwa, beliau
telah
mengumpulkan para doktor Palestin sambil mengancam untuk melakukan aksi
mogok sebagai tanda protes di atas perlakuan tidak adil oleh penjajah
Israel
yang ketika itu mengendalikan urusan kesihatan di wilayah Palestin.
Susulan
daripada tindakan tersebut, penjajah Israel lantas meluluskan tuntutan
kumpulan Rantisi yang mendesak agar sebahagian para doctor Palestin di
benarkan meneruskan pengajian ke peringkat sarjana.
Satu perkara yang kurang diketahui ramai ialah peritiwa yang berlaku
semasa
beliau di tahan dalam penjara oleh penjajah Israel. Pada ketika itu,
beliau
terkurung di sel tahanan Negev di samping beliau telah ditempatkan di
dalam
sel tahanan yang terasing selama tiga bulan. Dan, pada kesempatan
tersebut
telah di gunakan sebaik-baiknya oleh Rantisi untuk menghafal al-Quran.
Setelah di bebaskan dari tahanan tersebut, Rantisi telah
mengkoordinasikan
para doktor Palestin untuk kembali melancarkan mogok pada tahun 1981,
yang
akhirnya menyebabkan tercetusnya pergerakan penentangan terhadap
penjajah
Israel. Lalu, ekoran daripada insiden tersebut, beliau telah dikenakan
tahanan dalam rumah serta dilarang melakukan tugas-tugasnya sebagai
seorang
doktor di kliniknya sendiri.
Lantaran kekangan yang tidak bertamadun tersebut, Rantisi membuat
keputusan
untuk menjual kliniknya pada tahun 1983 dan kembali berkerja dengan
salah
sebuah Hospital di Palestin. Sebaliknya pada 1985, Israel yang sekian
lama
tidak senang dengan aktiviti dan pengaruh beliau, telah memecat Rantisi
dari
tempat kerja tersebut. Semenjak dari itu, Rantisi bekerja sebagai
tenaga
akademik di Universiti Islam di Gaza City serta turut menjadi khatib
tetap
yang begitu popular di Masjid Rahmah, Semenanjung Gaza.
Akhirnya, pada 9 November 1987, setelah menimbang segala kemungkinan,
Rantisi bersama-sama As-Syahid Sheikh Ahmed Yassin telah mengasaskan
Hamas.
Bersamaan dengan itu juga bumi Palestin telah bergoncang dengan ledakan
intifada pertama yang berakhir pada tahun 1993 susulan daripada
perjanjian
damai Oslo antara Israel dan PLO.
Bermula daripada detik inilah, Rantisi seringkali menjadi jurubicara
rakyat
Palestin dalam mempertahankan hak-hak rakyat Palestin dari mangsa
kekejaman
Israel. Karismatik peimpinannya, memang jelas tidak di senangi oleh
Israel.
Apatah lagi beliau cukup berwibawa bilamana berdepan dengan segala
macam
media massa yang di ketahui amat gemar dengan kemampuan bahasa
Inggeris.
Manakala, ketika tercetusnya intifada kedua pada tahun 2001, Rantisi
juga
telah memperlihatkan keperibadiannya sebagai seorang pejuang yang di
geruni
oleh penjajah Israel selepas Syeikh Ahmad Yasin dan Khaleed Mashaal.
Setelah pemergian pemimpin spiritual HAMAS, Syeikh Ahmad Yassin sebelan
yang
lalu, Rantisi telah secara konsesus telah di lantik untuk memimpin
HAMAS di
semananjung Gaza. Namun, Israel jelas tidak senang dengan pendirian
‘garis
keras” yang dianuti oleh Rantisi. Dan, sebelum sempat beliau mencatur
strategi perjuangan pasca kesyahidan Syeikh Ahmad Yassin, beliau juga
turut
menyusuli jejak langkah bekas pemimpinnya itu.
Namun, sebelum beliau pergi, sempat beliau memberi amaran kepada
penjajah
Israel, “Saya ingin katakan kepada anda agar anda sentiasa bertenang,
seandainya Rantisi, Az Zahhar, Haneya, Nazzar Rayyan, Said Sayyam, dan
semuanya pergi gugur syahid, demi Allah kami akan bertambah gemilang
dan
semakin mencintai jalan ini. Tangan-tangan kita yang menggenggam
senapang di
dunia Insyallah, ruh-ruh kita akan berpelukan di sisi Allah. Kerananya,
silakan Ariel Sharon dan kaum konspirator memetik harapannya di sini,
tetapi
kami akan tetap meneruskan perjuangan ini. Jalan kami memang sukar.
Namun,
inilah satu-satunya jalan yang membawa kami kepada cita-cita kami.”
Sesungguhnya, Rantisi telahpun memenuhi cita-citanya. Dan, Isha’Allah
ramai
lagi pejuang hurriyah Palestin yang tampil menuruti jalan para syuhada
terdahulu sehinggalah terbebasnya bumi para Anbiya itu dari cengkaman
rejim
Zionis. Akhir, salam di rafa’kan atas perjuangan Rantisi yang telah
mengisi
hidup dengan penuh makna, lalu pergi dengan pesan-pesan kemanusiaan dan
kesejagatan. Mudah-mudahan nama Abdul Aziz Al-Rantisi terus kekal dalam
lipatan sejarah kaum mustad'afin. Al-Fatehah!
___________________________
Terbitan : 21 April 2004
Ke atas
Home
|
|