SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Program Khidmat Negara (PKN)Assalamuallaikum WBT. Sebagaimana yang kita semua tahu, bahawa program tersebut adalah kepentingan UMNO semata-mata. Tidak ada kaitan langsung dengan semangat patriotik atau semangat cinta kepada negara. Cadangan saudara Ketua Pemuda PAS Pusat membantah tindakan kerajaan Barisan Nasional mengenakan tindakan terhadap peserta yang gagal mendaftar diri dalam program tersebut bukan sahaja mesti sokong, malah pihak Barisan Alternatif harus mengambil tindakan yang lebih drastik dan lebih tegas dalam isu ini. Adalah penting bagi Barisan Alternatif memertabatkan kembali nama diarena politik tanahair, lebih-lebih lagi setelah tewas begitu teruk dalam pilihanraya ke 11 lalu, jadi PKN ini adalah satu daripada isu yang boleh diketengahkan. Jangan diberi peluang pihak Barisan Nasional memanupulasikan isu ini.Isu seperti ini hendaklah ditonjolkan sehingga berjaya dan jangan ada kompromi maupun tolak ansur. Sekian dan wassalam. Abu Sayyaf Dot Com.___________________________ Terbitan : 17 April 2004
Diterbitkan oleh : |