Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Menyokong Saranan Penduduk Marang

Saya menyokong penuh saranan Penduduk Marang agar semua media milik PAS atau pro-PAS tidak lagi menyiarkan temubual dengan Dr Agus, pensyarah Sains Politik UKM. Tidak dinafikan suatu ketika dahulu, kira-kira 15 tahun dahulu iaitu semasa saya mula-mula menjejakkan kaki ke UKM, pandangan dan idea Dr Agus agak liberal dan tidak terlalu memihak kepada sesuatu parti politik. Pada waktu itu beliau belum menjawat apa-apa jawatan dalam Jabatan Sains Politik UKM.

Setelah begitu lama menjadi pensyarah di UKM, kini beliau hanya menjawat jawatan Prof Madya. Sedangkan rakan saya yang sama-sama belajar kat UKM dulu pun telah menjawat jawatan yang sama di UKM dan kini beliau adalah Ketua Jabatan di salah satu Fakulti UKM.

Dari sini sudah dapat dihidu bahawa Dr Agus tidak akan sama sekali mengeluarkan pandangan yang akan menguntungkan pihak pembangkang khususnya PAS yang dilihat sedang mendapat sambutan orang Melayu. Pandangan yang akan dikeluarkan mestilah dilihat lebih menyokong UMNO dalam apa jua media atau majlis. Mengeluarkan kenyataan yang boleh membangkitkan kemarahan dan kerugian bagi pihak UMNO, bermakna beliau terpaksa menunggu lebih lama untuk menjawat jawatan Profesor penuh dalam sebuah universiti yang sedang “diprojekkan” oleh UMNO.

Dengan itu, rakyat Malaysia perlu memahami kenapa begitu ramai Profesor Kangkung menonjolkan diri terutama apabila menjelang Pilihan Raya.

-Ahli UMNO Pro PAS





___________________________
Terbitan : 17 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)