|

|
SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun |
|
56 bangunan awam dibakar beberapa orang terbunuh
PATANI-DARUSSALAM: 23 April - Penyerang tidak
dikenali membakar 56 bangunan awam, termasuk balai
polis, dalam serangan hampir serentak di Patani
Darussalam, malam tadi.
Sebelas sekolah dibakar hampir serentak di beberapa
daerah di Wilayah Menara kira-kira jam 7.30 malam tadi
termasuk Bacok, Jingir dan Becoh Hirong.
Malah, dua pondok telefon awam Sungai Golok turut
dibakar pada masa sama, yang membuktikan keganasan
berterusan di Patani Darussalam yang menyaksikan lebih
142 orang terbunuh sejak peristiwa 4 Januari tahun
ini.
Laporan awal agensi berita The Associated Press
menyatakan, penyerang bersenjata turut menembak mati
seorang ketua kampung dan membakar kemudahan awam
membabitkan sekolah dan tempat rehat lebuh raya
(Sela)dalam kejadian itu.
Ketua kampung itu dikatakan sedang memandu keretanya
di Menara apabila dihampiri dua lelaki bersenjata
menaiki motorsikal yang melepaskan tembakan, kata
pegawai polis yang enggan dikenali.
Sejam sebelum itu, penyerang secara hampir serentak
membakar bangunan awam di 12 lokasi di lima daerah
berbeza Menara.
Mengikut laporan awal, tiga orang terbunuh dalam
serangan itu. Dua anggota bomba yang sedang memadamkan
api turut terkorban apabila diserang.
Pada 4 Januari lalu 21 sekolah dibakar penyerang di
Menara sebelum mencuri beratus-ratus senjata api
daripada markas tentera. Empat anggota tentera turut
terbunuh dalam kejadian itu.
Serangan itu menjadi permulaan pergolakan di Patani
Darussalam yang majoriti penduduknya berbangsa Melayu
Perdana Menteri penceroboh Thailand, Thaksin
Shinawatra kemarin menyuarakan kebimbangan pergolakan
di Patani Darussalam akan menjadi isu antarabangsa dan
meminta anggota Kabinet bekerjasama menamatkan
pergolakan di wilayah terbabit.
“Mungkin ada pihak akan menjadikan isu di Patani
sebagai isu antarabangsa. Kita tidak mempunyai masa,”
Thaksin memberitahu menterinya menerusi sidang video
dari Khon Kaen tempat beliau memulakan lawatan di
wilayah timur laut.
Rejim tidak mengulas lanjut tetapi pegawai berkata
wujud kebimbangan di peringkat antarabangsa berhubung
siri penyerangan yang didakwa dilakukan oleh klompok
pejuang pembebasan Patani Darussalam.
Pendirian rasmi Thailand menganggap keganasan di
Patani adalah isu dalam negeri dan pengganas
antarabangsa tidak terbabit.
Bagaimanapun pegawai keselamatan berkata isu itu akan
menjadi rumit jika puak pejuang meminta negara Islam
lain menyokong secara politik dan kewangan dengan
menggambarkan kumpulan mereka sebagai mangsa di negara
Buddha.
Sementara itu akhbar The Nation melaporkan pergolakan
di Patani berterusan kemarin dengan bertambah jumlah
serangan ke atas polis kolaborator dan pengawai Bomba.
Di samping itu seorang mekanik ditembak mati dan
seorang penduduk kampung cedera apabila dua lelaki
bermotorsikal menembak tiga das ke arahnya.
Mekanik Kimmuk Srisuk, 55, ditembak empat kali dan
mati serta merta. Polis menemui tiga kelongsong peluru
dari pistol .45 di tempat kejadian di sebuah hutan
ladang getah di daerah Waeng, Menara.
Penduduk kampung bernama Mat Kotanilor, 44, dari
daerah Yingor, Narathiwat ditembak sedas di lengan
dengan pistol .38.
Dalam kejadian berasingan sebuah trak pikap dibakar di
daerah Chenak, Senggora manakala di daerah Seba Yo dua
penyerang membaling bom petrol ke arah dua rumah milik
Sarjan Prawit Buapan dari balai polis Saba Yoi. Jiran
membantu memadamkan api sebelum ia merebak.
Di bandar Patani penyernag melempar bom petrol ke arah
rumah polis bersasar dan rumah bekas ketua daerah Khok
Pho, Klom Yangampai.
Angka kematian meningka kepada 142 orang sejak
peristiwa 4 Januari tahun ini kebanyakanNya anggota
polis, askar, sukarilawan dan kolaboraton. AP/AFP/Upm
___________________________
Terbitan : 25 April 2004
Ke atas
Home
|
|