Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Tulisan Farish A. Noor di Harakah.

Assallamualaikum kepada semua, webmaster dan pembaca..

Ramai pembaca meluahkan perasaan kecewa dengan tindakan harakah menyiarkan tulisah Farish Noor dalam akhbar tersebut. Perlu difahami, penyiaran itu bertujuan untuk menyebarluaskan satu pandangan yang salah, supaya pembaca dapat membuat penilaian masing-masing. Kemudian Prof Dr Haron Din telah menjawab tulisan beliau dengan panjang lebar. Bukankah ini akan dapat memberikan kefahaman yg lebih mudah kepada pembaca? Mula-mula memberikan satu persoalan (tulisah Farish) kemudian diberikan huraian(jawapan dari Dr Haron Din)...

Penyiaran itu bukan menunjukkan harakah menerima pandangan beliau, tetapi adalah untuk mengwar-warkan kenyataan penulis songsang itu supaya masyarakat sedar. Jika harakah tidak tidak menyiarkan tulisan itu, sebaliknya jawapan Prof Dr Harun Din disiarkan, bukankah ini menyukarkan pembaca kerana tidak dapat merujuk kepada persoalan yg ditimbulkan.

Kesimpulannya, penyiaran tulisan Farish A. Noor dalam harakah akan memudahkan pembaca utk memahami jawapan dari Prof Dr Haron Din kerana persoalan dan jawapan disiarkan dalam akhbar yg sama dan pembaca tak perlu terkial-kial mencari-cari persoalan yang dikemukakan.

Assallamualaikum.
Awanbiru....





___________________________
Terbitan : 30 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)