Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Pembohongan Dalam Pilihanraya Umum ke -11

Saudara Webmaster,

Kebelakangan ini berpuluh-puluh analisa/komen yang disiarkan samada di akhbar-akhbar harian ataupun laman-laman web mengenai punca kekalahan besar PAS dalam pilihanraya yang lalu. Kebanyakannya menjurus kepada menyalahkan PAS atas kekalahan besar tanpa merujuk kepada penipuan yang benar-benar jelas berlaku. Saya akui, memang ada sedikit swing kepada BN dalam pilihanraya yang lalu, tetapi, realitinya, tanpa penipuan yang berlaku, adalah mustahil BN dapat kembali memerintah Trengganu sehingga PAS kalah di semua kawasan parlimen di Terengganu, termasuk di Kuala Terengganu & Marang, yang PAS menangi dengan majoriti yang sangat besar (>12,000 undi) dalam PU 1999. Saya boleh terima kalau PAS kalah di Kemaman disebabkan swing dalam pengundian mamandangkan majoriti pada PU 1999 hanyalah 1,535 undi iaitu sekitar 3% dari jumlah pengundi keseluruhan. Tetapi untuk menang di Marang dan Kuala Terengganu, BN memerlukan swing undi melebihi 10% dan ini adalah mustahil kecuali pengundi dalam keadaan yang sangat marah kepada kepada kerajaan PAS pimpinan TG Hj Abdul Hadi. Saya tidak percaya bahawa ini berlaku dalam pilihanraya yang lepas kerana sepanjang PAS memerintah Terengganu, berbagai polisi yang menguntungkan rakyat Terengganu, telah kerajaan lakukan.

Bagi saya, penipuan yang dilakukan amat jelas. Dalam masa jumlah pengundi di seluruh Malaysia secara keseluruhannya naik sekitar 10%, di Terengganu, perbezaan jumlah pengundi pad PU 1999 & 2004 adalah sekitar 20%. Angka ini adalah tidak munasabah terutama jika diambil kira tuduhan bahawa rakyat Terengganu terpaksa berhijrah ke negeri lain kerana kekurangan peluang perkerjaan di Terengganu. Sepatutnya, pertambahan pengundi di Terengganu tentulah lebih kecil dari seluruh Malaysia (kurang 10%) kerana penghijrahan ini. Lebih jelas lagi penipuan ini jika dilihat kepada jumlah pengundi di Parlimen Kemaman & DUN Kijal, yang bertambah sebanyak 32% (50,168 ke 66,416) dan 36% (10,444 ke 14,163). Persoalannya, darimanakah datangnya pertambahan yang mendadak ini jika bukan dari luar Terengganu sendiri, ataupun dari pengundi-pengundi yang dibenarkan mengundi lebih daripada sekali (melalui daftar pengundi).

Bersama-sama surat ini, saya sertakan senarai pengundi-pengundi yang dicurigai yang dikeluarkan oleh Unit IT PAS Melaka. SILA KLIK Perhatikan jumlah pengundi sebanyak 455 orang dari negeri Melaka sahaja yang PAS tidak pernah menang satu kerusi DUN pun. Cuba perhatikan corak nama dan norbor KP yang hampir-hampir serupa. Ada yang berdaftar di peti undi yang sama dan ada juga yang berdaftar di DUN yang berlainan. Saya sarankan agar saudara webmaster dapat menyenaraikan sebahagiannya bagi tatapan pembaca. Bagi saya, jika ini bukan penipuan yang jelas, saya tak tahu nak gunakan kalimah apa lagi. Bayangkan pula keadaannya di Terengganu, Kelantan, Kedah & Perlis. Tentunya, penipuan itu lebih terserlah. Saya sangat berharap agar penggerak PAS di negeri tersebut dapat berkongsi bersama pembaca yang lain mengenai pembohong yang sangat terang dan nyata ini.

Akhir sekali, saya sangatlah berharap agar sekelian ahli dan penyokong PAS di seluruh Malaysia agar bersabar dalam menghadapi musibah yang menimpa kita ini kerana perjuangan untuk menegakkan Islam bukannya mudah. Kita perlu belajar dari sirah Rasulullah dalam menegakkan Islam bilamana Baginda ke Taif memikirkan kaum keluarga di sana akan menyokong perjuangan Islamnya tetapi kembali dengan aliran darah dari dahi sehingga ke buku lali. Cabaran yang kita hadapi ini sangatlah kecil jika bandingkan penolakan kaum jahiliyah ke atas perjuangan Baginda di tahun-tahun awal. Percayalah, sebagai mana Nabi Muhammad berjaya juga akhir dalam perjuangan menegakkan Kalimah Allah yang suci ini, saya amat yakin, kebenaran akan terserlah dan PAS pasti akan berjaya dalam perjuangan yang kita yakini suci ini. BN merancang, dan Allah juga merancang. Jika didalam perancanganNya, kita akan menang, yakinlah masanya akan sampai untuk kita memerintah Malaysia. Yang perlu kita lakukan adalah wala' (taat) kepada kepimpinan selagi mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. Segala masalah dalaman & organisasi hendaklah dalam masa yang sama dibaiki sesuai dengan hasrat PAS untuk mentadbir Malaysia pada masa akan datang. Ingatlah, kita bukan selama-lamanya ingin mentadbir negeri sahaja! Dan yang penting sekali, segala penipuan yang dilakukan dalam PU ke-11 yang lepas perlu dibongkarkan agar kita tidak terus dipermain-mainkan oleh pihak musuh.

Sekian, Wassalam.

Azmi, Melaka.

..........................................
Data Mengundi 2 kali dengan menggunakan 2 KP



___________________________
Terbitan : 18 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)