Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

PERHIMPUNAN BLACK14 : TINDAKKAN GANAS POLIS TIDAK HORMATI HAK ASASI DIKECAM

KENYATAAN MEDIA
ANGKATAN MUDA PARTI KEADILAN RAKYAT

20 APRIL 2004

PERHIMPUNAN BLACK14 : TINDAKKAN GANAS POLIS TIDAK HORMATI HAK ASASI DIKECAM

Perhimpunan aman sehingga polis tiba

Pada 17 April yang lalu aktivis reformasi Malaysia telah berkumpul secara aman di hadapan Pejabat SUHAKAM untuk mengenang titik hitam sejarah negara Black14.

Lebih 200 orang berkumpul secara aman dengan membawa bendera, kain rentang dan poster sambil mendengar beberapa teman pemimpin berucap. Keadaan aman sehingga menarik perhatian beberapa pelancong asing dengan seronok turut tidak ketinggalan merakamkan peristiwa tersebut. Keadaan jalanraya juga tidak terganggu sama sekali.

Malangnya tidak sampai 20 minit Hadi Ho, Ketua Polis Dang Wangi datang dan terus mengumumkan menjerit dengan mengarahkan perhimpunan bersurai. Sebaik sahaja menjerit belum sempat peserta perhimpunan bersurai polis dengan ganas menyerang beberapa aktivis. Beberapa teman pemimpin dikasari dan ditangkap. Saya sendiri diserang sehingga terjatuh di jalanraya. Cermin mata saya patah dan mengalami calar di tangan dan muka.

Hadi Ho penipu dan berniat jahat

Bernama melaporkan Hadi ho menyatakan mereka yang ditangkap kerana enggan bersurai apabila diberikan arahan. Hadi Ho menipu dan berniat jahat beliau memberikan arahan yang tidak jelas dan tidak langsung memberikan peluang untuk bersurai. Malah dia sempat mengeluarkan kata kata kesat kepada yang ditahan semasa kami dibawa ke trak polis untuk dibawa ke balai polis.

Sampai di Balai Polis Tun HS Lee kami (15 orang termasuk 2 wanita) telah dikurung dalam trak polis dengan kanvas tertutup, hanya ada lubang angin yang kecil. Keadaan sangat panas hingga ada yang sesak nafas. Hanya selepas hujan lebat baru kami dibenarkan turun. Setelah sesi soal siasat selama 4 jam baru kami dibebaskan dengan ikat jamin.

Tahniah dan terima kasih kepada aktivis yang hadir dengan berani dihadapan SUHAKAM pada hari tersebut. Dilaporkan juga selepas disuraikan secara kasar aktivis telah berjaya berkumpul semula dengan lebih ramai di Jalan Tunku Abdul Rahman pada petang itu. Ini sebagai bukti walaupun telah lebih 5 tahun namun kezaliman yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim tidak sama sekali dilupakan oleh rakyat Malaysia kerana ia merupakan simbol penentangan terhadap salahgunakuasa, rasuah dan perjuangan rakyat tertindas. Tindakan ganas penguasa pula membuktikan mereka masih takutkan isu tersebut.

Negara akan sekali lagi menyaksikan perhimpunan rakyat yang besar apabila Anwar Ibrahim dibawa ke Istana Keadilan di Putrajaya, pada 10 Mei ini. Walau apapun yang dilakukan ia tidak mungkin melunturkan semangat rakyat menuntut REFORMASI.

BADRUL HISHAM SHAHARIN
Timb. Ketua Penerangan Angkatan Muda keADILan
[email protected]





___________________________
Terbitan : 21 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)