Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

"Reformis Muda" nak jadikan ahli PAS burung unta (ostrich) .......

Saya rasa ramai di antara kita yang pernah pergi ke zoo melihat burung unta. Apabila ianya takut maka ia akan membenamkan kepalanya ke dalam tanah. Dengan itu ia tidak dapat melihat apa yang berada di sekelilingnya.

Saya yakin Allah yang maha besar menjadikan burung unta sedemikian dengan sebabnya. Mungkin sebagai pengajaran kepada manusia apabila berhadapan dengan masaalah maka jangan lari dari masaalah tersebut. Tetapi berhadapan dengannya untuk menyelesaikan apa yang menimpa mereka.

"Reformis Muda" di dalam komentarnya marah kerana Sdra. Lutfi Othman menulis tentang komen Prof. Mohd. Agus Yusoff. Komen Prof. Agus adalah komen yang kritikal yang jarang kita dengar di dalam Harakah. Di dalam keadaan sekarang kita perlu mendengar semua komen-komen yang ada. Kita janganlah jadi macam burung unta yang lari dari masaalah.

Memang benar ada penipuan besar-besaran tetapi berapa peratuskah penipuan ini yang menyebabkan kekalahan. Jangan kita lari dari kenyataan ada "swing" kepada BN dan masanya sekarang untuk mengkaji apa yang menyebabkan "swing" tersebut.

Tetapi sekarang ini ada semacam sindrom "escapism" kerana kalau kalah ada penipuan. Sehingga yang kalah lebih 14,000 undipun ( macam di tempat saya ! ) menyalahkan penipuan.

Kalau kita tidak mengkaji secara terperinci apa yang mengakibatkan "swing" itu maka pada pilihanraya umum yang akan datang bersedialah untuk menerima kejutan yang lebih hebat !

Saya juga yakin ahli-ahli PAS sudah matang dan dapat menerima komentar yang kritikal seperti yang diucapkan oleh Prof. Agus. Adakah Harakah perlu jadi seperti Utusan Malaysia dan RTM yang hanya memuji dan mengangkat bakul sahaja ? Sekiranya ahli-ahli PAS masih tidak boleh menerima teguran maka mungkin PAS belum layak untuk memerintah !

Pilihanraya umum ke 11 adalah "deringan jam loceng" bagi kita. Oleh itu manfaatkanlahnya untuk merancang ke arah kemenangan dalam empat atau lima tahun lagi.

Ben Kwaleigh
Pandan Indah





___________________________
Terbitan : 14 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)