Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Semua orang dah faham ..... "Reformis Muda" saja yang tak faham !

Ketika temuramah Prof Agus disiarkan telah terdapat banyak artikel tentang penyelewengan yang dilakukan oleh SPR. Mungkin dari 10 artikel yang dikeluarkan hanya 1 saja yang kritikal terhadap PAS.

Oleh itu tidak mungkin akan timbul masaalah ahli-ahli dan para penyokong akan "terkejut beruk" dan lemah semangat.

Kalau hendak dikira melemahkan semangat maka bagaimana dengan kenyataan YAB TG Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa PAS hilang banyak kerusi di Kelantan kerana gagal menyelesaikan masaalah pembahagian tanah ? Bukankah itu melemahkan semangat ? Lebih-lebih lagi ianya dibuat sehari selepas pilihanraya ketika kita meratapi kehilangan Terengganu.

Sebenarnya ahli-ahli PAS sudah matang. Mereka ni rendam tak basah, bakar tak hangus ! Kalau tak percaya turunlah ke "grassroot", walaupun baru kalah pilihanraya mereka masih lagi aktif. Sama ada sebok memastikan Cawangan-Cawangan mereka mengadakan mesyuarat agung, mengumpul tandatangan membantah penipuan SPR, mengadakan kenduri kesyukuran selepas pilihanraya, menganjurkan ceramah-ceramah umum seperti dulu dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang menunjukkan tidak ada yang lemah semangat !

Oleh itu tidak tepatlah ahli-ahli PAS akan jadi macam "tikus mondok" akibat dari temuramah tersebut. Janganlah kita memperlekehkan ahli-ahli PAS !

Satu perkara yang baik setelah pilihanraya umum yang ke XI adalah ahli-ahli boleh berbincang tentang apa yang dulu kita anggap sebagai "taboo" ( pantang ) di dalam PAS.

Kita banyak mempersoalkan banyak perkara yang dulunya dianggap sebagai "untouchables" ( tidak boleh disentuh sama sekali ) Kebanyakan perkara-perkara ini ( dari strategi pilihanraya kepada masa depan beberapa pimpinan PAS Pusat ! ) tidak melibatkan dasar dan prinsip PAS maka oleh itu perbincangan dan perbahasan ini akan dapat membantu pengukuhan PAS itu sendiri.

Ben Kwaleigh
Pandan Indah





___________________________
Terbitan : 18 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)