Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Bush membenarkan tentera AS menggunakan kekerasan di Iraq

WASHINGTON 14 April - Para komander tentera Amerika Syarikat (AS) di Iraq telah diarah melakukan apa sahaja termasuk menggunakan kekerasan dalam usaha mengembalikan keamanan di negara Teluk itu.

Presiden George W. Bush berkata, beliau telah memberi kebenaran kepada para komander untuk menggunakan kekerasan sekiranya perlu bagi membendung gelombang keganasan di Iraq.

Katanya, AS akan memberi komitmen sebaik mungkin untuk menenangkan keadaan di Iraq bagi memastikan proses peralihan kuasa pada 30 Jun ini berjalan seperti yang dirancangkan.

``Kita tidak akan membenarkan keganasan berterusan dan kerana itu pihak tentera telah diarah mengambil semua inisiatif termasuk menggunakan kekerasan sekiranya keadaan mendesak,'' tegasnya.

Gelombang penentangan rakyat Iraq yang memuncak sejak 1 April lalu menyaksikan lebih 75 orang askar AS terbunuh manakala lebih 40 warga asing turut diculik oleh para pejuang Iraq.

Sementara itu, Bush turut menolak pendapat yang menyamakan keadaan di Iraq ketika ini dengan perang di Vietnam dan menganggap dakwaan itu tidak berasas.

Katanya, AS akan mencatatkan kejayaan gemilang di Iraq dan membantu rakyat negara itu menubuhkan sebuah negara demokrasi.

``Tentera kita berusaha keras untuk mengembalikan keamanan di sana kerana kita tidak boleh gagal.

``Kesan kegagalan di Iraq adalah sesuatu yang tidak boleh diterima kerana ia akan dijadikan alasan oleh semua pihak yang menentang kita untuk memperkecil-kecilkan kelemahan tersebut,'' tegasnya.

Bush berharap untuk mendapatkan satu lagi resolusi dari Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi meyakinkan lebih banyak negara untuk menghantar tentera ke Iraq. - AFP





___________________________
Terbitan : 15 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)