Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Doktor pilu lihat mayat budak tanpa kepala

BAGHDAD: Mayat anak kecil bergelimpangan tanpa kepala dan seorang ibu yang turut mati memeluk erat bayinya yang sudah tidak bernyawa dibunuh askar Marin Amerika Syarikat, adalah gambaran tidak mungkin dilupakan doktor yang bertugas di klinik sementara bandar berkenaan.

Lebih sukar, mereka yang turut terbabit dalam usaha pengebumian mangsa terpaksa melakukannya secara tergesa-gesa kerana bimbangkan keganasan askar Marin yang boleh melepaskan tembakan maut pada bila-bila masa, lapor perkhidmatan berita Islamonline yang memetik laporan temu bual disiarkan sebuah badan bukan kerajaan.

Malah doktor yang enggan namanya dikenali, tetapi membenarkan gambarnya disiarkan sebagai bukti temu bual itu, mendakwa stadium bola sepak Fallujah kini menjadi tanah perkuburan besar untuk lebih 200 mangsa, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Jumlah mangsa diberikan media mencecah lebih 700 orang setakat ini, biarpun angka sebenar dikatakan jauh lebih tinggi. Ini kerana, angka kematian rasmi itu membabitkan laporan pihak perubatan dan masjid sedangkan ramai mangsa yang dibunuh masih berada dalam rumah mereka.

“Apa yang dapat anda katakan apabila melihat mayat budak lima tahun tanpa kepala?

“Apakah yang mampu anda buat selepas menerima mayat budak berlumuran darah dan otaknya terdedah. Lebih menyayat hati, mayat ibu yang badannya bersarang dengan peluru, tetapi tetap memeluk erat bayinya yang tidak berkepala.

“Ini adalah gambaran sebenar yang sedang berlaku di Fallujah yang menjadi medan tentera Amerika mengganas,” kata doktor Baghdad itu yang bertugas hampir seminggu lamanya di klinik kecemasan Fallujah.

Bandar itu lumpuh selepas tentera penceroboh bertindak mengepungnya sejak 5 April lalu, tetapi penduduknya dikatakan terus bersemangat tinggi untuk mengusir kehadiran askar asing berkenaan.

“Kami mengebumikan ramai mangsa di stadium sehingga sudah tiada ruang lagi.

“Semua terpaksa dilakukan segera kerana tidak mereka (askar Marin) akan menembak pada bila-bila masa. Oleh itu, kami menggunakan penyodok mengorek lubang besar dan memasukkan mangsa sekeluarga dalam liang lahad sama.

“Selepas menyempurnakannya, kami harus beredar bagi mengelak tembakan askar asing itu,” katanya.

Dia turut mendakwa ambulans dinaikinya turut ditembak askar Marin ketika ia bergegas menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam rumah mereka.

“Kali kedua ditembak sewaktu kami berusaha menghantar makanan ke rumah mangsa yang terputus bekalan akibat kepungan itu,’’ katanya. – Agensi





___________________________
Terbitan : 17 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)