Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Akbar Tanjung perlu letak jawatan - Wiranto

JAKARTA 17 April - Bekas Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Jeneral Wiranto hari ini meminta Ketua Umum Golkar, Akbar Tanjung meletakkan jawatan menjelang konvensyen untuk memilih calon presiden daripada parti itu.

Wiranto menyatakan Akbar patut meletakkan jawatan buat sementara waktu untuk memberi peluang sama rata kepada semua calon dalam konvensyen kebangsaan parti pada Selasa depan.

Bekas jeneral TNI itu dianggap sebagai pesaing Akbar yang paling kuat di kalangan enam pemimpin Golkar yang ingin merebut pencalonan parti tersebut.

Akbar pula adalah antara ahli politik yang paling bijak dan berpengalaman di Indonesia.

``Semua peserta mesti mempunyai peluang sama rata untuk menyampaikan rancangan dan pandangan mereka kepada orang ramai,'' kata Wiranto menurut laporan akhbar Media Indonesia.

Eksekutif kanan Golkar, Marwah Daud menyokong seruan Wiranto dengan berkata, langkah itu perlu diambil bagi memastikan pemilihan semasa konvensyen berlangsung secara adil.

Menurut keputusan terkini pilihan raya Parlimen, Golkar terus mendahului saingannya dalam pilihan raya itu. Setelah 90 juta undi dikira, Golkar memperoleh 21.04 peratus undi berbanding 19.59 peratus untuk Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) pimpinan Presiden Megawati Sukarnoputri. - AFP





___________________________
Terbitan : 19 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)