Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Pemuda Keadilan mahu turut serta baiki program PLKN

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) perlu dihentikan serta-merta dan satu kajian menyeluruh mengenai konsep, falsafah dan perjalanan PLKN perlu diwujudkan bagi memastikan keselamatan pelatih di 42 Kem Latihan Khidmat Negara diseluruh negara terjamin. Demikian antara saranan Angkatan Muda KeADILan yang terkandong dalamr Memorandum Mendesak Penangguhan Sementara PLKN yang diserahkan kepada Ketua Pengarah,Jabatan Latihan Khidmat Negara, Tuan Haji Kamaruzaman Mohd Nor, Sabtu.

Ia boleh dilaksanakan sekiranya Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai PLKN merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Tun Razak membenarkan penubuhan satu jawatankuasa bebas yang dianggotai dikalangan pakar pembangunan belia, kaunselor dan tokoh berpengalaman untuk membuat kajian menyeluruh mengenai konsep,falsafah dan perjalanan PLKN.

Setiausaha Akhbar Angkatan Muda KeADILan, Zaki Amani berkata, PLKN perlu dihentikan serta merta dan satu jawantankuasa bebas perlu diwujudkan serta merta.

“ PLKN perlu ditangguhkan dengan serta merta kerana kes-kes yang dilaporkan sejak kebelakangan ini adalah sesuatu yang serius serta menimbulkan keresahan ibubapa.

“Walaupun Datuk Seri Najib pernah berkata dengan menghentikan program ini separuh jalan akan mengagalkan tujuan asal PLKN tetapi Angkatan Muda KeADILan berpendapat dengan meneruskan program ini tanpa perancangan yang teliti; tanpa pertimbangan keselamatan yang serius dan masalah yang sedia ada di kem latihan, sebenarnya akan mengagalkan tujuan asal PLKN diwujudkan,” ujarnya kepada wartawan selepas mennyerahkan memorandum itu.

Dalam pada itu Angkatan Muda KeADILan juga mendesak agar kerajaan tidak meneruskan hasrat untuk menyaman 10,000 remaja yang gagal mendaftar diri dan ibu bapa yang enggan menyokong PLKN.

Manakala Timbalan Ketua Penerangannya, Badrul Hisham Shaharin menjelaskan memorandum yang dihantar tersebut, bukan satu penentangan terhadap PLKN tetapi kesediaan Angkatan Muda dan parti itu untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi memastikan pemantapan generasi Malaysia di masa akan datang.

Katanya lagi, bukan ia bagi memastikan program yang dilaksanakan kerajaan perlu dilaksanakan dengan teliti dan tidak banyak mendatangkan masalah di setiap peringkat pelaksanaannya.

“Setelah beberapa bulan, hasil yang lebih nyata ialah ramai remaja Malaysia yang mempunyai rekod polis. Banyak pergaduhan sehingga membabitkan kes rogol baru-baru ini dan sebagainya. Walaupun mereka cuba tutup dan berselindung , bila tak boleh mereka lepas tangan dan akhirnya remaja ini di serahkan kepada polis.

“Kerisauan kami ialah remaja bagaimana untuk dibentuk oleh kerajaan? Jadi kita mendesak PLKN ini ditangguhkan segera dan satu jawatankuasa bebas dibentuk segera,” jelas beliau.

Antara lain intipati memorandum itu juga KeADILan mempertikaikan kewibawaan Institut Kepimpinan Wawasan yang dipertanggungjawabkan untuk memberi latihan kepada jurulatih khususnya latihan fizikal yang diswastakan.

KeADILan mendakwa Institut Kepimpinan Wawasan yang bertanggungjawab menyediakan jurulatih;merangka modul latihan fizikal dan melaksanakannya di 42 kem seluruh negara yang menghadapi masalah apabila terdapat komandan dan jurulatih yang mendakwa tidak dibayar gaji.

Justeru KeADILan berpandangan PLKN adalah satu program yang besar tetapi dilaksanakan dengan persediaan yang terlalu singkat tanpa cukup persediaan pihak yang dipertanggungjawabkan.

Sambung Badrul lagi,”pelaksanaan program yang besar sebegini tanpa persediaan yang mantap tidak akan mampu membina belia yang berketerampilan sebaliknya mendedahkan mereka kepada masalah disiplin dan salah laku seks di umur yang begitu muda.

“Angkatan Muda KeADILan berharap PLKN dapat dihentikan serta- merta dan Pemuda KeADILan sedia menawarkan diri untuk sama-sama menyertai jawatankuasa tersebut.”

Turut sama menghantar memorandum tujuh mukasurat itu, ialah Setiausaha Angkatan Muda, S.D Johan dan Naib Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar.

Penyerahan memorandum kepada Ketua Pengarah Latihan Khidmat Negara itu berlangsung seminit di ruang lobby Bangunan TH Selborn setelah empat pemimpin kanan Pemuda KeADILan itu tidak dibenarkan naik ke tingkat 8 atas arahan Kamaruzaman sendiri.

Agendadaily cuba mendapatkan komen Kamaruzaman dan beliau mengatakan akan menyerahkan memorandum tersebut kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan enggan membuat sebarang komentar mengenai PLKN.

Khamis lalu, Najib memberitahu para wartawan selepas satu majlis di Pulau Pinang sebagaimana yang dilaporkan media berkata;” bahawa PLKN akan diteruskan tapi segala kelemahan yang dikesan akan diperbaiki.”





___________________________
Terbitan : 26 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)