Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Terbukti !!! Pengerusi SPR Sutradara " Sandiwara Pilihan Rakyat 2004"

Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,

Alkisah, Cucu merasa amat lucu dan meluat sekali bila mendengar kenyataan demi kenyataan yang diucapkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) dalam menyanggah dakwaan terhadap berlakunya penyelewengan SPR dalam membantu kemenangan besar UMNO/ BN dalam Pilihanaraya Umum ke-11 lalu. Bagi Cucu kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman itu sebenarnya jelas mencerminkan sikap sebenar " KeHAPRAKkan " badan bebas itu, dalam mengendalikan satu pilihanraya yang bebas, adil dan telus.

Bagi Cucu, adalah lebih baik Tan Sri Rashid, tidak membuat terlampau banyak kenyataan. Ini kerana kenyataan yang dibuatnya itu jelas menunjukkan kelemahan SPR sebenarnya, walaupun ianya tidak diakui oleh beliau. Apakah logik seorang Pengerusi SPR mengatakan badan itu dikambing hitamkan oleh pihak-pihak tertentu hingga menyebabkan berlakunya kekalutuan dalam pilihanraya umum lalu ? Persoalan tentang kewujudan pengundi hantu, salah cetak, kekecohan daftar pemilih, dan penemuan terlalu banyak kertas undi yang bersepah di sana-sini dikatakan dibuat oleh pihak-pihak yang sengaja ingin menjatuhkan kewibaan SPR. Siapakah pihak yang dimaksudkan oleh SPR ? Sudah pastilah parti-parti pembangkangkan... Tak munasabah langsung SPR akan menuduh Barisan Nasional melakukan perbuatan tersebut.

Pada pandangan Cucu, SPR tidak sepatutnya bersikap "kebudak-budakan" seperti yang ditunjukkan oleh pengerusinya. Cucu pun hairan, macam manalah orang seperti Tan Sri Rashid ini, boleh dilantik sebagai Pengerusi SPR. Gaya ucapan serta ketrampilan yang ditunjukkan oleh beliau, jelas sekali tidak mempunyai karisma untuk memimpin sebuah badan seperti itu. SPR dibawah Tan Sri Rashid , awal-awal lagi sebenarnya telah menlakukan perubahan ke arah membawa kemenangan yang besar kepada Barisan Nasional terutamanya kepada pemimpin-pemimpin Kerajaan dan UMNO khasnya.

Kekalahan memalukan dalam pilihanraya umum ke-10 tahun 1999 lalu, merupakan satu tamparan hebat buat pemimpin UMNO/BN supaya tidak terlalu mendongak ke langit. Lantaran itulah, pakatan " Grand Design" yang dibuat antara BN dengan SPR akhirnya membuahkan hasilnya kali ini, dengan kejayaan merampas semula Trengganu dari PAS dan menumbangkan ramai pemimpin-pemimpin kanan Barisan Alternantif.

Sebenarnya, perancangan jahat yang dibuat oleh SPR ini yang diketuai oleh Tan Sri Rashid, sememangnya telah diketahui umum sebelum pilihanraya lagi. Justeru itu SPR sebenarnya yang mencari serta mengundang masalah hingga menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap kewibawan badan itu.

Bagi Cucu, walau apa jua kenyataan yang dibuat oleh SPR ... Ianya adalah satu alasan DANGKAL yang direka-reka untuk menutup kelemahan mereka sebenarnya. Cucu sendiri hairan mengapa selepas pilihnaraya SPR , Cucu gagal untuk memasuki ruangan Semakan Daftar Pemilih .. atas alasan hanya pemilih di DUN Sg. Lembing sahaja yang dibenarkan.. Alasan yang diberikan REKOD TIDAK DIJUMPAI. Satu alasan yang tidak sepatunya berlaku dalam keadaan ramai pemilih yang tidak berpuas hati dengan sistem database SPR ini, kenapa maklumat tersebut perlu dirahsiakan ?

Pernah dulu selepas pilihanraya kecil Pendang dan Anak Bukit, Cucu ada melaporkan tentang keHAPRAKkan SPR yang menukarkan lokallit salah seorang pemilih di DUN Anak Bukit dan Pendang ke Perak. Apa yang menyedihkan ialah tempat mengundi yang terpapar pada database SPR ialah AMERIKA !!!! Ini adalah apa yang Cucu saksikan sendiri dengan mata kepala Cucu, dan bukannya fitnah dari mana-mana pihak.

Sebenarnya, Tan Sri Rashid tidak perlu berdolak-dalih lagi untuk menegakkan "Benang Yang Basah". Semuanya sudah terbukti !!! SPR harus ingat bahawa bukan semua yang bekerja dengan badan tersebut adalah manusia yang boleh ditutup mata dan telinga mereka. Maka sebenarnya banyak lagi maklumat yang Cucu terima tentang sikap SPR serta strategi yang diambil untuk memastikan kemenangan BN dalam Pilihnaraya Umum yang lalu.. Justeru itulah tidak hairan bagi kita melihat terlalu ramai yang keluar mengundi kerana menurut cerita dari SB Cucu, seorang pengungi boleh mengundi sampai beberapa kali ditempat-tempat yang berasingan. Cucu difahamkan kerjasama ini diberikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN ). Sebab itulah selepas pilihanraya, JPN tiba-tiba mengeluarkan kenyataan terlalu banyak Kad Pengenalan MyKad yang tidak dituntut oleh pemiliknya.. Walhal, kad tersebutlah yang digunakan untuk memenangkan BN , maka ianya dilewat-lewatkan penghantaran kepada pemiliknya supaya mudah untuk pengundi hantu beroperasi. Inilah kerja jahat yang dilakukan oleh pihak SPR sebenarnya.

Oleh itu, sikap yang ditunjukkan oleh Tan Sri Rashid sebenarnya hanya menikam dirinya sendiri. Adalah lebih baik selepas ini beliau tidak mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang hanya akan merosakkan imej peribadinya sebagai Pengerusi SPR. Cucu juga amatlah berharap agar satu Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan untuk menyiasat segala dakwaan terhadap SPR dan segala dakwaan yang dibuat oleh SPR baru-baru ini. Andainya tiada siasatan daripada sebuah suruhanjaya bebas terhadap SPR, Cucu rasa kepincangan yang berlaku ini akan berterusan dan sudah pasti tiada ruang untuk Barisan Alternatif atau Parti Pembangkang untuk mencipta kejayaan dalam pilihanraya yang akan datang dulu, kini dan selamanya.

Cucu berharap agar, semua pejuang keadilan dan pencinta kebenaran terus melaksanakan segala bentuk agenda dalam membangunkan minda rakyat supaya mengenal yang "hak" dan yang "Batil" . Moga dengan pembangunan minda ini akan berjaya mengubah pemikiran rakyat jelata yang menyokong BN untuk kembali memberikan kepercayaan kepada BA dalam pilihanraya umum akan datang sekiranya masih ada ruang "Keadilan" buat semua . Buat SPR... Kembalikan Keadilan untuk rakyat..Ingatlah Allah Melihat Apa yang Kamu Lakukan !! Rakyat Hakim Negara !! Jawaplah kepada

P/S - Pembebasan Sdr. Ezam Md. Nor dari tuduhan dibawah OSA ( Akta Rahsia Rasmi ), bukti SPR tersalah percaturan menghalang Ezam bertanding dalam pilihanraya umum baru-baru ini. Tahniah !! Ezam ... Lawan Tetap Lawan !

.............

"Kalau Takutkan Risiko Usah Bicara Soal Perjuangan !!!! Kalau Takutkan Perjuangan Usah Bicara Soal Keadilan !!! Kalau Takutkan Keadilan Usah Bicara Soal Pembangunan " Lawan Tetap Lawan ... Bebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim !!! Takbirrrrrr !!!!! Allahhuakhbar !!!!! Perjuangan Untuk Agama Bangsa Dan Negara .

Salam Perjuangan,

CUCU MAT KILAU
Pahang Darul Makmur
[email protected]





___________________________
Terbitan : 16 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)