Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Meragui keberkesanan program PLKN untuk mencapai objektif

DAPSY sangat meragui keberkesanan program PLKN untuk mencapai objektif yang ditetapkan sekiranya ianya hanya dirancang secara tertutup tanpa penyertaan efektif (ataupun penyertaan yang terhad) daripada segenap lapisan masyarakat, khususnya ibubapa, pihak NGO dan pihak pembangkang

Kenyataan Media
oleh DAPSY

(Petaling Jaya, Selasa): DAPSY hari ini mengalu-alukan keputusan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya mereka yang tidak hadir ke Program Latihan Khidmat Negara akan diberi peluang kedua untuk menyertai program ini pada tahun depan.

Walaupun begitu, DAPSY ingin menegaskan bahawa keputusan Perdana Menteri ini akan menjadi lebih bermakna sekiranya Perdana Menteri dapat mengarahkan supaya program ini diperhentikan buat sementara waktu memandangkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku hampir setiap hari di hampir semua kem latihan di seluruh negara.

DAPSY berpendapat bahawa perkara-perkara ini tidak boleh dipandang remeh oleh pihak berkenaan. Dalam isu ini, masalah pokok bukan masalah disiplin remaja walapun ianya perlu ditangani dengan serious dan professional tetapi pihak berkenaan perlu beringat bahawa untuk menangani masalah ini, cara dan methodologi yang professional amat diperlukan.

Sementara itu, sebarang bentuk program yang bertujuan untuk memperbetulkan masalah-masalah disiplin di kalangan remaja juga perlu diteliti dan dirancang sedangkan Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) hanya diperuntukkan dengan tempoh masa perancangan yang kurang daripada setahun.

Rakyat perlu diingatkan bahawa PLKN ini dirancang dengan objektif untuk membentuk sabuah masyarakat majmuk Malaysia yang bersatu-padu dan bersemangat patriotik. DAPSY sangat meragui keberkesanan program berkenaan untuk mencapai objektif yang ditetapkan sekiranya ianya hanya dirancang secara tertutup tanpa penyertaan efektif (ataupun penyertaan yang terhad) daripada segenap lapisan masyarakat, khususnya ibubapa, pihak NGO dan pihak pembangkang

Sekarang PLKN pula dibebankan dengan masalah remaja bermasalah disiplin, sebelum mereka dapat dididik bagaimana untuk menjadi warga negara yang bersatu-padu dan bersemangat patriotik. Sudah ternyata pelaksanaan PLKN kini semakin terpesong daripada objektif dasarnya dan kem-kem PLKN sudah menjadi pusat pembentukan akhlak remaja.

DAPSY berpendapat sekiranya masalah ini berlanjutan dan pihak berkenaan berkeras untuk meneruskan PLKN yang sudah ternyata sebagai program yang tidak selari dengan slogan kata ‘Cemerlang, Gemilang, Terbilang’ Perdana Menteri, keadaan mungkin akan menjadi tidak terkawal dan ini akan menimbulkan krisis keyakinan di kalangan rakyat Malaysia khususnya ibubapa pelatih-pelatih PLKN.

DAPSY berpendapat Perdana Menteri sepatutnya dapat melihat kelemahan-kelemahan pelaksanaan PLKN ini dan mengambil tindakan drastrik untuk menangguh PLKN ini sehingga masalah-masalah ini diteliti. Rakyat, NGO dan pembangkang mesti diberi peluang untuk mencadang dan menyertai perancangan supaya ianya dapat dikendalikan dengan cara yang telus. Penglibatan ahli-ahli NGO pula boleh menjamin pelaksanaan PLKN yang professional kerana ianya akan dirancang oleh mereka yang betul-betul kompeten dalam bidang ini.

-------------------------------------------------------------------------------

* DAPSY, Belia Sosialis DAP





___________________________
Terbitan : 22 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)