Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Bantahan terhadap kutipan tol NPE

DAP menyeru semua penduduk di sekitar NPE keluar beramai-ramai pada Hari Sabtu dan Ahad yang akan datang ini untuk membantah terhadap kutipan tol NPE yang tidak adil dan tidak munasabah

Kenyataan Media
oleh Ean Yong Hian Wah

(Petaling Jaya, Ahad): DAP menyeru semua penduduk di sekitar Lebuhraya Pantai Baru (NEW PANTAI EXPRESSWAY - NPE) keluar beramai-ramai pada Hari Sabtu dan Ahad yang akan datang ini untuk membantah terhadap kutipan tol NPE yang tidak adil dan tidak munasabah. Usaha untuk menurukan dan menghapuskan sama sekali kutipan tol yang tidak adil ini tidak akan membuahkan hasil sekiranya ianya tidak mendapat sokongan rakyat.

Pada Sabtu yang lepas (17 April), Jawatankuasa Tindakan NPE bersama-sama dengan penduduk-penduduk di sekitar NPE telah berkumpul di Plaza Tol PJS 2 untuk melancarkan pusingan kedua protes terhadap kutipan tol tidak adil NPE. Jawatankuasa ini juga telah melancarkan kempen rakyat ‘1 sen untuk bantah tol’ untuk menyeru rakyat jelata supaya menggunakan duit syiling 1 sen untuk menjelaskan tol.

Mengikut undang-undang, duit syiling 1 sen boleh digunakan dalam urusniaga harian di Malaysia tetapi ianya dihadkan pada urusniaga di bawah paras RM2.00. Mana-mana peniaga yang menolak pembayaran dengan menggunakan duit syiling 1 sen bleh dibawa ke muka pengadilan.

Tindakan Jawatankuasa ini bukanlah untuk menyusahkan pekerja-pekerja tol tetapi adalah untuk menyampaikan mesej tidak puas hati rakyat jelata. Sekiranya pihak kerajaan dan NPE tidak ingin melayan suara rakyat, malah rakyat jelata dan pengguna-pengguna NPE juga tidak perlu komited untuk berkerjasama dengan mereka. DAPamat berharap bahawa kempen ‘1 sen untuk bantah tol’ ini boleh mendapat sambutan daripada segenap lapisan rakyat.

DAP berpendapat bahawa bagi sebuah bandar raya yang terancang, kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk membina rangkaian trafik yang mampan. Walaupun begitu, sebagai sebuah kawasan yang mana kepadatan penduduknya adalah sangat tinggi, Lembah Kelang sudah mempunyai lebuhraya bertol yang terlampau banyak bilangannya. Penduduk-penduduk Lembah Kelang perlu membayar tol yang beribu juta ringgit setiap tahun. Ini tidak termasuk dengan bayaran ganti rugi oleh pihak kerajaan kepada operator tol, yang sememangnya telah tertakluk di bawah perjanjian kutipan tol di antara kerajaan dengan operator tol.

DAP berpendapat tindakan kerajaan ini telah menyebabkan kerugian rakyat dalam 3 segi. Yang pertama, rakyat perlu membayar cukai jalan setiap tahun. Kedua, rakyat juga perlu membayar tol (selain daripada cukai jalan yang perlu dijelaskan secara tahunan). Ketiga, wang ringgit yang dibayar oleh kerajaan kepada operator tol adalah wang ringgit rakyat yang dibayar oleh rakyat seluruh negara. Mereka sendiri bukan penduduk di Lembah Kelang, di manakah rasionalnya kerajaan menggunakan wang ringgit rakyat ini untuk membayar ganti rugi kepada operator-operator tol di Lembah Kelang?

Pada satu masa dahulu, kerajaan pernah mengatakan bahawa kutipan tol adalah perlu kerana hanya mereka (yang kebanyakkannya penduduk-penduduk Lembah Kelang) yang menggunakan tol sahaja yang perlu membayar tol. Walaupun begitu, bukankah tindakan kerajaan yang menggunakan wang ringgit rakyat (yang dikutip daripada rakyat di seluruh negara) untuk membayar ganti rugi juga satu yang bercanggahan dengan pendirian kerajaan ini? Fenomena-fenomena ini cukup menunjukkan ketidakberkesanan kerajaan.

Oleh itu, selain menyokong kempen tandatangan dan membayar tol dengan menggunakan duit syiling 1 sen, DAP juga menyeru rakyat keluar beramai-ramai pada Hari Sabtu dan Ahad yang akan datang ini untuk menyertai barisan protes terhadap kutipan tol yang tidak adil dan tidak munasabah ini, supaya kita sama-sama dapat memberi tekanan kepada kerajaan dan NPE untuk menurun atau menghapuskan kutipan tol yang tidak munasabah dan adil ini.

--------------------------------------------------------------------------------

* Ean Yong Hian Wah, Setiausaha DAP Negeri Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tindakan NPE





___________________________
Terbitan : 24 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net  atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)