Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Abdullah harus menggantungkan jawatan Pengerusi Felcra Hamzah Zainuddin

Abdullah harus menggantungkan jawatan Pengerusi Felcra Hamzah Zainuddin dan meminta supaya BPR menjalankan siasatan sehingga Hamzah dapat menjelaskan secara memuaskan keraguan orang ramai terhadap integriti punca harta berpuluh-puluh jutanya yang terbongkar akibat perintah mahkamah tinggi syariah Perak bagi tuntutan penceraian bekas isterinya yang mencapai angka RM11.2 juta

Kenyataan Media
oleh Lim Kit Siang

(Ipoh, Isnin): Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi harus menggantungkan jawatan Pengerusi Felcra Datuk Hamzah Zainuddin dan meminta supaya BPR menjalankan siasatan sehingga Hamzah dapat menjelaskan secara memuaskan keraguan orang ramai terhadap integriti punca harta berpuluh-puluh jutanya yang terbongkar akibat perintah mahkamah tinggi syariah Perak bagi tuntutan penceraian bekas isterinya yang mencapai angka RM11.2 juta Khamis lepas.

Hakim mahkamah tinggi Syariah Perak Hassan Basri Shafie mengarahkan sypaya Hamzah, umur 47 tahun, yang juga merupakan ketua bahagian UMNO Ipoh Barat, supaya membayar RM1.2 juta dalam tempoh satu bulan untuk mutaah kepada bekas isterinya Nooraini Abdul Rashid, umur 46 tahun, sementara wang selebihnya akan dibayar dalam bentuk harta cair dan tidak cair yang diperolehi bersama kedua-duanya sepanjang tempoh perkahwinan mereka (harta sepencarian).

Hassan berkata bahawa Nooraini berhak mendapat pampasan ini kerana sepanjang perkahwinan mereka, beliau tidak pernah memalukan Hamzah dan sentiasa melindungi kehormatan dan keselamatan anak-anak mereka, Beliau juga setua dan tidak ujud sebarang laporan keingkaran mengenai pihak beliau di mana-mana mahkamah syariah.

Katanya Nooraini berhak menikmati sebahagian dari harta sepencarian sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

Hakim mengarahkan supaya Hamzah membayar pembiayaan bulanan RM2,000. RM1,500 untuk pakaian dan barang aksesori dan RM1,000 kerana menjaga anak-anak mereka selama 15 tahun sepanjang tempoh perkahwinan, dan ini berjumlah RM810,000. Beliau juga mengarahkan bayaran RM396,066 kepada Nooraini, seorang bekas setiausaha, sebagai gaji tunggakan selama 22 tahun setelah beliau berhenti kerja setelah berkahwin.

Hassan juga mengarahkan supaya 63,192,858 saham milikan Hamzah di dalam tiga bah syarikat sebagai harta sepencarian dengan bekas isterinya dan memberikannya pilihan samada memindahkan satu pertiga saham berkenaan kepada Nooraini atau membayarnya Rm10 juta.

Mengenai tuntutan balas Hamzah terhadap dua kereta BMW, sebuah Honda Civic dan sebuah rumah di Subang Jaya, mahkamah berkata semuanya boleh disimpan oleh Nooraini sebagai hadiah yang diberikan kepadanya.

Kedua-dua mereka yang berkahwin dalam tahun 1981 mempunyai empat orang anak dari lingkungan 13 ke 22 tahun. Nooraini membangkitkan suit ini setelah Hamzah menceraikannya dalam tahun 1996.

Saya bukannya meminta Abdullah menggantungkan jawatan Hamah sebagai Pengerusi Felcra atas alasan masalah keluarganya, tetapi memandangkan jumlah hartanya yang begitu lumayan yang didedahkan oleh keputusan mahkamah syariah ini, keraguan yang berbangkit di kalangan orang ramai mengenai keesahan sumber harta ini, khasnya memandangkan Abdullah pernah menjanjikan satu pentadbiran yang bersih, tidak korup, bertanggungjawab dan beramanah.

Felcra yang bertujuan untuk membantu 700,000 peneroka yang menyertai rancangannya untuk memperbaiki dan memajukan semula tanah-tanah penanaman mereka memang dilandai rekod-rekod rasuah dan salah guna kuasa oleh pegawai Felcra selama ini - dan ini menandakan cerita “Harapkan pagar, pagar makan padi” yang menyedihkan.

Ujusnya kes yang masih berjalan yang melibatkan ketua pengarah Felcra yang didakwa melakukan rasuah yang melibatkan RM40 juta milikan Felcra, siasatan BPR yang masih belum berhasil ke atas skandal Felcra melibatkan RM72 juta atas isu kontrak baja, dan dalam tahun 1994, saya pernah membangkitkan di Parlimen berbagai kes salah guna kuasa yang timbul dalam proses tender dan pembangunan Felcra yang melibatkan wang berjuta-juta ringgit para peneroka Felcra serta hutang yang tidak sempat dikutip oleh mereka dari pihak Felcra.

Sehubungan ini, Bernama harus menjelaskan mengapakah ianya cuba menapis akhbar-akhbar tempatan dari menerbit cerita mengenai keputusan mahkamah syariah Perak yang melibatkan kes cerai Hamzah RM11.2 juta ini Khamis lepas, kerana ianya telah mengeluarkan memo kepada semua akhbar tempatan dua jam setelah berita berkenaan diterbitkannya pada masa Khamis, yang berbunyi:

Please DO NOT (RPT) DO NOT use Bernama item datelined Ipoh slugged "Felcra Chairman Ordered To Pay Over RM11 Million to Ex-Wife".

Ini merupakan tindakan campur tangan di dalam kebebasan akhbar yang serius, bertentangan langsung dengan seruan Abdullah supaya para pemimpin Barisan Nasional “mendengar apa yang benar”. Pegawai Bernama yang mengarahkan supaya memo berkenaan dihantar kepada semua media tempatan untuk menapis cerita cerai Hamzah ini harus dikenalpasti dan digantung kerja, serta disiasat – dan laporan mengenai siasatan berkenaan harus dibentangkan di parlimen apabila ianya mula bersidang semula pada 17 Mei setelah pilihanraya umum 21 Mac 2004.

--------------------------------------------------------------------------------

* Lim Kit Siang, Pengerusi Kebangsaan DAP & Ahli Parlimen Ipoh Timor





___________________________
Terbitan : 25 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)