Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Kejadian Kematian Peserta Program Latihan Khidmat Negara, Awang Fazil, Najib Perlu Berani Tangguh Program

Kenyataan Media

oleh Fong Po Kuan

(Ipoh, Isnin): DAP menggesa, demi nama baik negara, sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri Malaysia, seorang yang cintakan tanahair, beliau harus mengetahui tanggungjawabnya untuk menjaga nama baik kerajaan dan negara, Datuk Seri Najib Tun Razak harus dengan serta-merta mengarahkan penangguhan Program Latihan Khidmat Negara untuk kajian semula ekoran daripada berlakunya lagi kejadian berkaitan keselamatan peserta, kes kematian Awang Fazil, peserta dari Bintulu Sarawak.

Peserta Awang Fazil ini dilaporkan sedang mandi di sungai Cina, Matang selepas aktiviti komuniti di bawah Program ini bersama 36 orang peserta yang lain.

Program ini kini mengalami krisis keyakinan terhadapnya oleh orangramai. Pada minggu lepas, telah dilaporkan kejadian dakwaan rogol seorang peserta oleh pleatih dari Kem Setiu, Terengganu.

Najib harus menyedari bahawa jika Program ini berterusan dijalankan di dalam keadaan di mana orangramai mengalami krisis keyakinan terhadapnya, ia akan membawa akibat buruk kepada kerajaan BN keseluruhan, di mana, akan berbangkit persoalan keyakinaan dan kepercayaan orangramai terhadap sebarang program yang bakal dilancarkan oleh kerajaan di masa kelak walaupun dengan jaminan oleh Kerajaan.

Program ini adalah di bawah bidangkuasa Kementerian Pertahanan , pimpinan Timbalan Perdana Menteri. Selagi lewat Program ini tidak ditangguhkan, semakin serius bukan sahaja keyakinan orangramai terhadap Program ini, tetapi juga imej Kementerian Pertahanan dan Negara akan semakin terjejas.

Setiap kejadian yang berlaku, pihak Jabatan, Majlis atau kementerian akan memberi kenyataan bahawa kejadian-kejadian tersebut akan disiasat oleh pihak berkuasa.

Kami memang bersetuju keperluan penyiasatan dijalankan, malahan setiap penyiasatan harus teliti, telus dan adil.

Akan tetapi, Najib harus menyedari sementara menunggu pihak polis atau mana-mana pihak berkuasa menjalankan penyiasatan, yang selalunya akan mengambil masa, kejadian-kejadian yang tidak sepatutnya berlaku dan boleh dielakkan berlaku, telah berlaku terutamanya, berkenaan keselamatan para peserta.

Malahan dari awalnya, para ibubapa telah meluahkan kerisauan akan keselamatan anak mereka yang dipilih untuk menghadiri Program ini. Pihak Kementerian pula memberi jaminan keselamatan untuk para ibubapa peserta.

Dengan berlakunya, kejadian kematian peserta Program Awang Fadzil, Kementerian harus menyedari kegagalan langkah-langkah keselamatannya dan kelemahan keseluruhan Program ini dan Najib harus mengetahui bahawa beliau tiada pilihan lain, kecuali, berani bertindak dan memutuskan penangguhan Program ini, demi keselamatan peserta, ketentaraman jiwa para ibubapa, dan nama baik kerajaan dan Negara.

(26/4/2004)

--------------------------------------------------------------------------------

* Fong Po Kuan, Ahli Parlimen Kawasan Batu Gajah





___________________________
Terbitan : 29 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net  atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)