Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

PILIHANRAYA UMUM 2009

Sekiranya BA ingin menyertai pilihanraya 2009 dengan berkeyakinan ianya adil dan saksama maka langkah-langkah ini patut di fikirkan.Saudara tentu boleh memikirkan impak dan implikasi disebalik cadangan ini. Disebalik peranan media, SPR,JPN,Polis dan sebagainya yang diketahui membantu pihak yang BACOL yang ingin memerintah dengan cara mudah seperti ingin kaya mudah melalui nombor ekor.

1. Hari pembubaran PARLIMEN tidak ada teka-teki, mesti tetap seperti 21 OGOS 2009 diumumkan 6 bulan awal. Kenapa perlu berteka-teki dalam pembubaran PARLIMEN kerana rakyat yang menentukan dan menjadi KERAJAAN. Jadi rakyat mesti mengetahui lebih awal tarikh pembubarab dan piliharaya yang akan di adakan.Rakyat yang patut menilai dan meneliti siapa yang bakal mereka pilih. Sedangkan hari perayaan tertentu telah ditetapkan tarikhnya, itu Cuma untuk membuat persediaan dan berhibur, ini kan pula untuk membentuk kerajaan dan membawa halatuju Negara.

2. Daftar pemilih mesti/wajib disahkan dan ditandatangani oleh semua ketua parti yang ingin bertanding DAN Pengerusi SPR iaitu 6 bulan sebelum penamaan calon dan daftar ini mesti di gunapakai untuk hari pengundian yang yang akan di jalankan. Ini termasuk tempoh bangkangan terhadap daftar pengundi. Setiap daftar pemilih diserahkan kepada parti dan pengerusi parti negeri akan juga menandatangani daftar pemilih tersebut yang mana HANYA DAFTAR PEMILIH YANG DI TANDATANGANI OLEH KETUA PARTI, PENGERUSI PARTI NEGERI DAN SPR NEGERI DI PAMERKAN PADA HARI MENGUNDI.

3. Daftar pengundi di kategorikan mengikut TAHUN KELAHIRAN. Contohnya bagi yang layak mengundi bagi tahun 2009 ialah seperti berikut:

1988 - 1979 Muda

1978 - 1969 Pertengahan

1968 1959 Dewasa

1958 Kebawah Warga Emas

4. Masa pembuangan undi ditetapkan selama 3 hari dari jam 0800 hingga 1700 petang dan dikira terus jumlah pada hari tersebut dan tidak diperap kertas undi untuk menunggu selesai proses pengundian selepas 3 hari. Pada hari ke 3 mengundi baru ditotalkan jumlah undi tersebut. Ini memberi peluang kepada semua pengundi dapat menunaikan tanggungjawab mereka.

5. Berdasarkan perkara 3 dan 4 diatas, tempat pembuangan undi mesti dikurangkan dari yang ada sekarang kepada maksima 3 tempat sahaja bagi satu parlimen iaitu hanya 1 kawasan mengundi bagi satu DUN dan tidak lebih. Bukankah semasa pilihanraya kenderaan parti berkeliaran mengangkut pengundi? Kerana tempat membuang undi dihadkan maka masa dilanjutkan kepada 3 hari.

6. Berdasarkan perkara 3, 4 dan 5 maka saluran pengundi di tambah kepada yang sepatutnya.

Ditus





___________________________
Terbitan : 14 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)