Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Gara-gara `terlebih sokong BN` Nazir Masjid Diserang `Penyakit Terkejut`

Para jemaah Masjid Sultan Ibrahim (Masjid Daerah) Kuala Selangor diberitakan agak terperanjat dengan perubahan yang berlaku keatas Tuan (Mr) Hj Mokhtar Wahab selepas pilihanraya umum baru-baru ini

Mr Mokhtar Wahab selaku Nazir masjid berkenaan dikatakan kerapkali terkejut tidak tentu punca.Raut mukanya sentiasa cemas. Jika ada para jamaah bertanyakan khabar , Mr Mokhtar menganggap pertanyaan tersebut seolah-olah memperli beliau.

Apabila ditanya Apa khabar ? Mr Mokhtar akan lekas-lekas merentap tangan sipenanya sambil menjawab Apa ? Kamu lihat saya tak sihat ke ?

Mr Mokhtar merupakan salah seorang dari beberapa kerat manusia yang agak berilmu di Bandar Baru Kuala Selangor yang sudah terbukti begitu totok menyokong Barisan Nasional. Pendirian politiknya pernah dibandingkan dengan seorang apek penjual arak di Pekan Lama Kuala Selangor yang menyokong Barisan Alternatif.

Isu yang dihebahkan melalui sebaran internet sebelum pilihanraya umum lalu difahamkan begitu menyakitkan hati Mr Mokhtar. Sang Nazir itu pernah mengugut akan membacakan Yaasin terhadap penulis yang didakwa menjatuhkan maruah beliau.

Khabarnya Sang Nazir telah menuduh secara serkap jarang individu tertentu (kebetulan penyokong BA) terlibat dengan sebaran tersebut.Akibatnya timbul ketegangan diantara keduanya,mujurlah ada orang tengah yang bertindak mententeramkan suasana.Akhirnya Mr Mokhtar mengakui kesilapannya seraya memohon maaf sebanyak enam kali.

Walau apa pun pengakuan kesilapan itu hanya boleh dipakai ketika itu jua,sebaik-baik saja sampai saat pilihanraya Mr Mokhtar melupai segala-galanya.

Lupa dirinya sebagai seorang Nazir,lupa dirinya selaku Ustaz,lupa diri selaku Imam 2 dan lupa diri sebagai ummat Muhammad apabila dia terus bersekongkol dengan parti pendokong kezaliman dan asobiyyah Umno sedangkan apek penjual arak tadi bertambah kuat menyokong BA.

Apabila ditanya oleh seorang ahli jamaah masjid Bukankah salah hukumnya menyokong Umno ! Mr Mokhtar menjawab Memang salah ! tetapi saya tidak ajak orang lain mengikut saya.

Betulkah jawapanmu itu Mr Mokthar ? Tak betul sama sekali ! kerana jawapanmu itu hanya layak digunapakai oleh orang jahil. Kalau Mr Mokhtar masih berdegil dengan jawapan itu saya cabar mulai esok agar kamu memakai seluar pendek kemana-mana sahaja kamu pergi.

Apabila ada orang bertanyakan bukankah tidak menutup aurat (memakai seluar pendek) itu haram hukumnya. Bolehkah kamu katakan : Memang haram ! tetapi saya tidak ajak orang lain memakai seluar pendek seperti saya.

Fikir Mr Mokhtar jangan sia-siakan akalmu itu dan terlebih penting dimana letaknya ` Sifat Dua Puluh` yang pernah kamu ajarkan kepada para ahli jamaah dulu ?

Tinggal didalam kitab sahaja atau kamu sendiri pun tidak faham apa yang telah kamu ajarkan itu.Jika begitu darjat mu Mr Mokhtar lebih kurang burung kakaktua sahaja.

Kalau esok atau lusa terdapat ahli jamaah masjid yang enggan berimamkan kamu lagi,jangan salahkan mereka kerana tiada seorang pun manusia Muslim Mukmin yang sanggup berimamkan burung kakaktua didalam solat mereka.

Hari ini kamu Mr Mokhtar diberi amaran dengan `penyakit terkejut`,cuba bayangkan kalau esok kamu `mati terkejut`.

Bukankah didalam Khutbah Jumaat sering dibaca ayat al Quran yang bermaksud .Jangan kamu mati melainkan dalam keadaan Muslimun (menyerah diri) Bagaimana kalau mati didalam keadaan Umnowuuun ? Tak takut ke Mr Mokhtar ?

Dollah Dagang.





___________________________
Terbitan : 10 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)