Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

SEDIKIT MAKLUMAT BERKENAAN ERIC CHIA UNTUK PAPARAN UMUM

Saudara pengarang,

Saya ingin memberi sedikit ulasan berkenaan TS Eric Chia yg sekarang ini berada di hotel kepunyaannyer Park Avenue Sg petani. Mengikut sumber yg terdekat dengan beliau, sebenarnya Eric Chia bukanlah balik untuk melawat ibunyer yg sedang sakit, tapi sebaliknyer untuk meraikan ulangtahun kematian ibunye yg telah lama mati.( pembetulan fakta dari ulasan saudara O.J).

Saudara sebenarnya sewaktu hampir kepada pilihanraya yg lepas, saya telah menghantar artikel yg bertajuk TAN SRI ERIC CHIA BUANG PEKERJA WANITA YG MENGANDUNG. Tetapi hampa tidak mendapat respons dari satu pun email yg di hantar.Sebenarnya pihak BA boleh mempergunakan isu ini untuk membela nasib wanita malang yg di buang kerja hanya kerana mereka mengandung kan anak mereka sendiri.Namum sayang kerana terlalu ghairah ngan isu lain maka terlepas lah peluang kita.

Buat pengetahuan para pembaca, Eric Chia adalah seorang yang bodoh yg menyangka kan dirinya bijak.Beliau seorang yg panas baran dan baginyer semua idea org adalh salah melainkan lahir dari mulutnya sendiri. Saudara Kebodohan beliau terserlah bila beliau menukarkan nama hakmilik harta UNIGREEN PROPERTIES kepada seorang Melayu Kelantan Noorsaidi Johan Noor dan beberapa kerat lagi kepada anak dan isterinya. Tujuan penukaran hakmilik ini adalah untuk mengelakkan hartanye di rampas jika berlaku pendakwaan kes rasuah beliau.Tetapi beliau terlupa yang beliau terlibat dalam pentadbiran UNIGREEN PROPERTIES dan memberikan arahan secara lisan dan bertulis yg di tandatangani oleh beliau sendiri.

Dari segi peraturan pentadbiran, beliau tidak tersenarai sebagai Pengarah mahupun pengurus kepada syarikat ini. Bermakna segala arahan bertulis dan lisan tidak boleh diguna pakai walaupun beliau mengakui yg syarikat itu milik beliau.

Beliau tidak memperdulikan sistem pentadbiran operasi bagi sesebuah organisasi. Segala arahan dan pertukaran pentadbiran adalah mengikut logic fikiran beliau yg setaraf dengan budak spm yg gagal dlm peperiksaannyer. Saya cukup hairan bagaimana kerajaan yg terdahulu boleh memilih org yg sebodoh ini utk menerajui sebuah syarikat multimillion perwaja steel. Oleh kerana itu tidak hairan lah saya perwaja boleh bangkrap.

Keistemewaan beliau ialah pandai memutar belit dan menipu. Kerana beliau sering takut pekerja beliau mencuri atau pecah amanah dan sering tak boleh tidur kerana hal tersebut. Saudara, hanya seorang yg pernah melakukan hal tersebut akan sentiasa takut org lain akan berbuat yg sama terhadap hartanya.

Sistem pentadbiran hotel sudah menjadi kacau bilau akibat dari campur tangan beliau. Saya cuma beri satu saja contoh terbodoh dalam dunia yg cuba di lakukan oleh penyangak besar negara. Penyewa hotel yg tinggal di hotel tidak di benarkan pelawat ader bersama selepas pukul 11 malam??????? amacam! ini kes banggang ker bengong?? tak caya ? sila pergi dan lihat sendiri. Ader banyak lagi cuma saya tak mampu nak tulis panjang2. Tujuan nyer ialah beliau tidak mahu pelawat tuh tidur free tanpa bayaran. hehehehe.... lawak bodoh kan?

Masaalah yg terbesar sebenarnya adalah pembuangan pekerja tanpa mengikut prosedur jabatan buruh. Ader bebrapa kes yg dlm makhamah perusahaan sedang berjalan, tapi itu sumer hanya melibatkan pekerja bertaraf eskutif. Bagaiman dengan nasib pekerja biasa yg tidak tahu hak mereka boleh di lindungi??

Bayangkan beliau memaksa pekerja berhenti dengan menandatangani surat pemberhentian kerja dan mengarahkan semua pekerja wanita tidak boleh mengandung dan memnandatangani surat persetujuan secara paksaan. Pekerja yg sakit tetapi telah lama berkhidmat juga di buang kerja. Kerana apa? Kerana beliau tidak mahu membayar gaji bagi mereka bercuti bersalin maupun cuti sakit.

Bayangkan saudara, Beliau boleh membuat renovation untuk hotel dan propertiesnyer bernilai berjuta ringgit tetapi beliau tidak boleh membayar untuk pekerja yang sakit dan cuti bersalin.

Bersambung di lain episod





___________________________
Terbitan : 30 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)