|

|
SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun |
|
Gambar Pub Hadariah - Tulen ke?
Assalamualaikum saudara,
Saya cuma nak bertanya, kepada pengirim gambar ini (unicorn), betul ke gambar ni
dirakamkan di Malaysia atau lebih tepat di Ipoh?? Kalau betul elok laporkan
kepada PDRM dan Jabatan Agama Islam Perak (mungkin ada org Islam terlibat)...
Kalau saudara pun tak pasti sebab di forward kan oleh org lain, tak perlu ler
nak forward ke Tranungkite.net ...
Kepada pihak webmaster, jangan siarkan sesuatu yg anda sendiri tak pasti
kesahihannya, dan hanya bergantung kepada cerita pengirimnya yg tak tahu hujung
pangkal ... Kerana kesannya bukan sahaja kepada Tranungkite.net tapi kepada
Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun sebab DPP Dungun yg kendalikan web ini ... Saya
harap akan dtg webmaster lebih teliti dlm menyiarkan cerita dan berita ... nanti
ada yg pulang paku buah keras (keje org umno)
sekian, wasalam...
..............................................................................
Ulasan Webmaster :
Terima kasih atas nasihat. Sebelum Sdr Unicorn menjawab saya ingin membuat sedikit ulasan berkaitan gambar yang di kirim.
Gambar yang diambil biasanya bergantung kepada resolusi kamera yang digunakan. Sekarang ini kemudahan telefon bimbit mengmbil gambar juga
harus di teliti.
Format yang digunakan iaitu JPEG ext. JPG biasa gambar dalam bentuk 'mampatan' 15% daripada yang asal pada format standant.
Gambar asal yang dihantar kepada saya adalah 560 x 420 pixel 24 bit dan gambar ini telah saya kecilkan menjadi 70 x 100 pixel.
Kualiti gambar juga dikurangkan dan gambar ini jika dibesarkan akan mengalami 'kerosakkan' imej yang ketara.
Tujuan saya berbuat demikian untuk mengurangkan kelucahan yang ada jika gambar asal dipamirkan.
Ya, walau pun begitu soal ketulinan gambar boleh dipertikaikan, tetapi reaksi daripada 30 keping gambar sukar untuk membuat 'super in post', sekeping mungkin boleh,
tetapi agar terlalu sukar untuk memastikan 30 keping mempunyai aksi yang sama.
Sebagai webmaster, saya rasa saya patut memaparkan gambar berkenaan untuk pertimbangan para pengunjung.
Walahualam.
___________________________
Terbitan : 27 April 2004
Ke atas
Home
|
|