Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Apa Nak Jadi….???

Sekarang ini marilah kita semua merenungkan dengan apa yang telah berlaku dipersekitaran kita sejak kebelakangan ini. Selepas habis sahaja p/raya tipu tempohari, bermacam perkara yang timbul dinegara kita.

Bermula dari isu buli di asrama sekolah sehingga membawa maut pergi ke Pusat Khidmat Negara yang bercelaru dan pergi pula kepada isu murid sekolah samseng sampai nak kena letak pegawai polis.

Cubalah kita berfikir sejenak adakah generasi seperti inikah akan kita wariskan Negara Malaysia yang tercinta ini. Generasi yang penuh dengan keseronokkan duniawi serta kosong dengan pegangan Agama Islam. Adakah generasi yang huru-hara ini akan kita pertahankan…???

Jika dahulu di sekolah, seorang pelajar itu akan takut pada pengawas sekolah sahaja dan jika sebut sahaja Guru Disiplin sudah tentu para pelajar akan cuba mengelak untuk berjumpa atau berselisih dengannya di sekolah tapi sekarang apa sudah jadi sampai pegawai polis akan diletakkan di sekolah-sekolah.

Sebut pasal PKN pula dari awal lagi cadangan ini sudah di tentang akan perlaksanaannya terutama sekali percampuran lelaki dan perempuan serta perjalanan jadual yang di atur itu kurang menjurus kepada kearah keIslaman dimana sekadar melepas batuk ditangga. Oleh itu lihatlah apa yang berlaku sekarang….sana masalah…sini masalah….

Fikirkanlah…Adakah benar katanya Tok Guru Nik Aziz bahawasanya kemenangan tipu kerajaan Haram BN ini akan membawa bala petaka kepada Negara Malaysia …marilah kita tunggu dan lihat....Apa Akan Jadi....????

guaqstation
ISLAM PASti Menang....Insya'Allah





___________________________
Terbitan : 28 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)