Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Krisis dalaman MCA makin parah - Dr Tan Seng Giaw

Oleh Roy Rasul

KUALA LUMPUR, 2 April (Hrkh) - Pergolakan dalaman parti MCA yang berulang selepas pilihan raya umum baru-baru ini, dikatakan berpunca daripada perebutan kuasa dan politik wang.

Menurut Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw, perebutan jawatan dalam MCA sememangnya berlaku dan ia tidak pernah reda.

Sebab itu katanya, tidak hairan pergolakan dalaman parti tersebut timbul lagi selepas beberapa menteri di kalangan pemimpin MCA tersingkir daripada anggota Kabinet yang baru dibentuk oleh Perdana Menteri minggu lalu.

Pemerhati politik melihat kekalutan politik dalaman MCA kian buruk apabila tempat Naib Presiden parti, Chua Jui Meng kini diganti Pengerusi MCA Johor, Chua Soi Lek sebagai Menteri Kesihatan.

Selain itu bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN), Chor Chee Heung yang turut digugur daripada barisan Kabinet baru dikatakan mengeruhkan lagi keadaan, lebih-lebih lagi kepada MCA Kedah dan Perlis.

Justeru Dr Tan berkata, pelan perdamaian yang dibuat kurang setahun lalu kononnya untuk mendamaikan krisis Team A dan Team B dalam MCA sebelum ini adalah pada zahir saja.

"Yang saya tahu krisis dalaman MCA tidak pernah tamat. Ini disebabkan masing-masing hendak rebut jawatan dalam parti dan juga kerajaan," katanya sambil menyifat pelan damai tersebut diatur sekadar untuk menghadapi pilihan raya, termasuk mengelirukan pengundi. lanh





___________________________
Terbitan : 2 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)