Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

300 peguam pelatih dikerah bantu menangkan Zaid Ibrahim

KOTA BHARU, 2 Apr (Hrkh) - Kira-kira 300 peguam pelatih dikatakan datang ke sini menjelang pilihan raya umum lalu, bagi membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kota Bharu, Dato' Zaid Ibrahim.

Mereka difahamkan menjadi pelatih di Tetuan Zaid and Co (Zico), iaitu sebuah firma guaman milik bumiputera terbesar di negara ini.

Salah seorang pelatih yang di temui mengakui beliau bersama rakan-rakan dikerah untuk menghidupkan jentera Umno Bahagian Kota Bharu.

"Kami difahamkan sebelum ini sebahagian besar jentera Umno menolak kepemimpinan Zaid kerana kecewa di atas beberapa tindakannya termasuk menyaman hukum hudud.

"Kehadiran saya dan rakan-rakan lebih kurang 300 orang berjaya memulihkan kembali imej serta semangat Zaid untuk meneruskan pertandingan. Kami mengatur strategi untuk memenangkannya termasuk bertugas sebagai 'polling serta counting agent," katanya di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, beliau diajar pelbagai teknik bagi mengelirukan wakil parti lawan supaya mereka tidak menyedari kesilapan yang dilakukan Umno.

Katanya, sebahagian besar pelatih terpaksa melakukan kerja-kerja tersebut bagi meneruskan kerjaya dalam bidang guaman apabila menamatkan latihan kelak.

"Bagi kami markah serta sokongan daripada majikan amat mustahak untuk mendapat kecemerlangan sebelum disahkan menjadi peguam oleh Majlis Peguam nanti," katanya yang menjalankan kerja-kerja praktikal di firma guaman Zaid.

Beliau mendedahkan biar pun mengetahui terdapat penipuan dalam proses pilihan raya baru-baru ini, namun ia dibiarkan kerana mementingkan masa depan masing-masing.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda KeADILan Kota Bharu, Aminuddin Hamid berkata, ketika menjalankan tugas sebagai 'polling agent' di sebuah sekolah di DUN Bunut Payong beliau menemui peguam pelatih yang petugas bagi pihak Umno.

Katanya, petugas terbabit mengaku sebagai peguam pelatih dan diminta datang membantu kempen pilihan raya Umno di sini.

Sementara itu, berdasarkan kepada analisa keputusan pilihan raya lalu, calon parlimen BN di Kota Bharu mendapat lebihan undi sebanyak 3,076 undi berbanding jumlah undi diperolehi tiga calon BN peringkat DUN di kawasan berkenaan. - NY/mj





___________________________
Terbitan : 2 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)