Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

PAS Kelantan buat perubahan besar-besaran

KOTA BHARU, 3 April (Hrkh) - PAS Kelantan kini mengambil beberapa langkah drastik bagi memantapkan kembali jentera pentadbirannya untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Langkah pertama yang diambil iaitu membuat rombakan Badan Perhubungan PAS Negeri dengan pelantikan beberapa pemimpin baru, ekoran kemerosotan prestasinya pada pilihan raya umum ke-11 lalu.

Mesyuarat penuh Badan Perhubungan PAS Kelantan yang dipengerusikan Pesuruhjaya PAS negeri, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengumumkan pelantikan muka baru bagi mengisi beberapa jawatan penting di organisasi tersebut.

Setiausaha Kerja Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Yassin Yusof berkata, Pesuruhjaya melalui kuasa yang ada padanya mengumumkan pelantikan baru tersebut dan ia dipersetujui sebulat suara anggota-anggota Perhubungan yang hadir, terdiri pada Yang Dipertua dan Setiausaha PAS kawasan dari seluruh Kelantan.

Katanya, Timbalan Menteri Besar, Ustaz Ahmad Yakob dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1, anggota Parlimen Pengkalan Chepa, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman (Timbalan Pesuruhjaya 2) dan anggota Exco, Haji Husam Musa (Timbalan Pesuruhjaya 3).

Manakala bekas Timbalan Pengarah di Jabatan Perdana Menteri (JPN), Haji Manaf Daud, 54 yang juga Setiausaha PAS Tanah Merah dilantik sebagai Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan menggantikan Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh.

Ustaz Mohd Amar Abdullah dilantik sebagai Ketua Penerangan menggantikan tempat Takiyuddin Hassan. Sementara itu, Dr Mohd Izani Hussin pula dilantik sebagai Bendahari mengambilalih tempat bekas Adun Tendong, Haji Wan Othman Wan Yusof.

Pemeriksa Kira-Kira iaitu calon PAS di DUN Gual Ipoh, Wan Yusof Wan Mustapa dan Haji Yusof Daud dari Ketereh.

Yassin berkata, pelantikan jawatan tersebut berkuatkuasa hari ini bagi sesi 2004 - 2005.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Badan Perhubungan PAS Kelantan akan mengadakan majlis solat syukur dan bacaan Yassin di Putik malam ini.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, program tersebut diadakan sebagai tanda kesyukuran di atas kemenangan PAS bagi terus mentadbir Kelantan.

Program tersebut bermula dengan solat Isya berjemaah. Selepas itu Pesuruhjaya akan menyampaikan amanatnya. - MJ





___________________________
Terbitan : 4 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)