Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Sehari Pegawai Kewangan letak jawatan terus diganti

KUALA TERENGGANU, 7 April (Hrkh) – Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu terus membuktikan `kecekapan’ dan mengambil langkah drastik dalam pentadbiran kerana memerlukan masa sehari sahaja untuk menggantikan Pegawai Kewangan yang meletakkan jawatan semalam.

Pegawai Kewangan, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar, 53, yang meletakkan jawatan untuk bersara pilihan berkuatkuasa semalam digantikan oleh timbalannya, Haji Mokhtar Nong.

Mokhtar yang difahamkan mengangkat sumpah hari ini turut menyertai mesyuarat mingguan Exco, pagi tadi.

Menteri Besar, Dato' Idris Jusoh mengesahkan bahawa Mokhtar telah mengangkat sumpah semasa bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco, hari ini.

Difahamkan pihak akhbar tidak dimaklumkan mengenai majlis mengangkat sumpah itu.

Dengan perlantikan segera itu menguatkan lagi desas desus bahawa Tengku Hassan telah diarahkan pihak atasan supaya meletakkan jawatan.

Beliau adalah pegawai tadbir yang paling senior sebelum ini adalah Pengarah Tanah dan Galian negeri yang mengambil alih jawatan Pegawai Kewangan daripada Dato’ Ibrahim A Rahman pada 12 Mac lalu yang bersara wajib.

Pada 1 April lalu, kerajaan negeri yang berslogankan `Islam Hadhari Terengganu Bestari’ telah melantik Pegawai Daerah Dungun, Dato’ Muhatar Abdullah, 51, sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) menggantikan Dato’ Ku Abd Azah Syed Alwee yang bersara wajib pada 31 Mac. – KAM/ayu





___________________________
Terbitan : 6 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)