Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

300 bekas guru SAR ‘digantung tidak bertali’

KOTA BHARU, 13 April (Hrkh) – Impian lebih 300 bekas guru sekolah agama rakyat (SAR) untuk mendapat jawatan tetap seperti dijanjikan pemimpin Umno kini seperti digantung tidak bertali.

Sejak diserap ke sekolah kebangsaan tahun lalu mereka sehingga kini belum lagi mendapat jawatan tetap.

Seorang daripada mereka, Siti Karimah Kadir berkata, beliau terkilan kerana banyak perkara yang dijanjikan sebelum diserap masih belum ditunaikan sehingga sekarang.

“Kami dijanjikan akan mengikuti kursus lanjutan, namun setakat ini hanya sekali kursus asas jangka pendek diadakan, tetapi pengisiannya banyak dipenuhi dengan agenda politik.

“Hingga kini kami masih berstatus guru sandaran, sedangkan sebelum ini mereka berjanji guru yang mempunyai kelayakan akan dilantik terus sebagaimana yang dilaksanakan sebelum ini.

“Namun bagi kami itu hanyalah janji sahaja dan kini kami dibiarkan tanpa pembelaan yang sepatutnya,” katanya di sini.

Rakannya, Khamsiah Abdul Kadir berkata, bekas-bekas guru SAR ditimpa nasib malang kerana mengharapkan mendapat pendapatan lumayan yang dijanjikan pemimpin politik.

“Kami terpengaruh dengan tawaran gaji yang besar, sedangkan masa depan kami tidak menentu sekarang. Kini Umno langsung tidak mahu lagi mengambil perhatian terhadap nasib kami,” ujarnya.

Beliau juga mendedahkan diperalatkan Jabatan Pendidikan Kelantan untuk hadir setiap program politik menjelang pilihan raya umum baru-baru ini.

Menurutnya, program Islam Hadhari yang diadakan di Kubang Kerian menjelang piihan raya, sebahagian pesertanya dihadiri bekas-bekas guru SAR yang diserap ke sekolah kementerian. – NY/mj





___________________________
Terbitan : 14 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)