Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Jual air minuman Tasik Kenyir usaha kerajaan lalu

KUALA TERENGGANU, 12 April (Hrkh) – Projek untuk memasarkan air minuman semula jadi dari Tasik Kenyir adalah usaha kerajaan Barisan Alternatif (BA) pimpinan PAS yang lalu, bukannya kerajaan negeri sekarang.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS negeri, Haji Yahaya Ali berkata, perkara itu sebenarnya tidak berbangkit sekarang.

Beliau yang merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi negeri menambah, perkara itu pernah diumumkan pada suatu Persidangan Dewan Undangan Negeri yang lalu.

“Oleh kerana projek itu adalah usaha kerajaan negeri yang lalu, tidak berbangkit sekarang, jadi tidak perlu ditimbulkan sekarang,” ujarnya ketika ditemui di Pejabat Perhubungan PAS negeri, di sini, petang ini.

Beliau menyatakan demikian semasa diminta mengulas laporan akhbar hari ini mengenai Kenyir One Sdn Bhd (KOSB), sebuah syarikat usaha sama dengan Syarikat Air Terengganu (Satu) yang akan mengeluarkan air minuman itu untuk pasaran dalam dan luar negara pada penghujung tahun ini.

KOSB yang mempunyai modal berbayar RM2 juta dijangka dapat merealisasikan projek yang berharga RM5 juta itu dengan mensasarkan penghasilan satu juta botol air minuman itu menjelang akhir tahun ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Presiden dan Pengerusi Eksekutif KOSB, Datuk Dr Muhammad Ridzuan Mohd Salleh pada sidang media selepas menyampaikan taklimat berhubung projek tersebut di Tasik Kenyir Golf Resort, Hulu Terengganu, kelmarin.

Laporan akhbar menyebut setiap botol air minuman semula jadi yang mengandungi 19 liter akan dijual dengan harga kurang daripada RM5 untuk keperluan kediaman dan industri.

Yahaya yang merupakan salah seorang yang pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat berkenaan berkata, mesyuarat berhubung perkara itu telah diadakan beberapa kali. – ayu





___________________________
Terbitan : 15 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)