Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

70 guru sokong PAS di Bachok ditukar selepas pilihan raya

Oleh Nazman Yusof

BACHOK, 12 April (Hrkh) - Sekurang-kurangnya 70 guru yang mengajar di beberapa sekolah di jajahan ini difahamkan telah ditukar ke tempat lain kerana tidak menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum baru-baru ini.

Menurut sumber, pertukaran itu berkuatkuasa serta-merta selepas pilihan raya dan kebanyakan mereka dihantar ke kawasan pedalaman Kelantan.

“Sehingga kini kira-kira 70 guru menerima arahan terbabit termasuk mereka yang hanya menunggu tempoh pencen beberapa bulan sahaja lagi.

“Pertukaran ini bermotifkan politik kerana kesemua yang terbabit merupakan kakitangan yang dilabel sebagai penyokong pembangkang,” katanya di sini.

Beliau berkata, paling ramai guru yang terbabit dengan pemindahan itu mengajar di Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Tawang.

Sementara itu, satu sumber lain pula memberitahu Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan kini sedang memproses pertukaran guru yang didapati menyokong PAS.

“Manakala guru-guru yang bekerja keras memenangkan Umno pada pilihan raya baru-baru ini pula dijanjikan akan dibenarkan pindah ke kampung asal mereka,” ujarnya. - /mj





___________________________
Terbitan : 15 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)