Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

15 aktivis ditahan di perhimpunan Black 14

KUALA LUMPUR, 17 April (Hrkh)- Polis menahan 15 aktivis reformasi dalam perhimpunan Black 14 yang diadakan di pekarangan pejabat Suruhanjaya hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) petang ini.

Antara ditahan adalah Tian Chua, Dr Sanusi Othman, Badrul Hisham Shaharin, Norazimah Mat Nor, Syed Putra Haji Omar, Khairul Anuar, David Kumaran dan lain-lain lagi.

Polis juga turut merampas poster-poster, sepanduk dan kain rentang yang dibawa oleh kumpulan tersebut.

Sebelum itu, Lebih 100 dari mereka mula berhimpun pada jam 2.30 petang sambil melaungkan reformasi dengan diselang- selikan ucapan daripada beberapa pimpinan gerakan itu.

Kira-kira pukul tiga petang sepasukan anggota polis yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Hadi Ho Abdullah telah mengarahkan kumpulan tersebut bersurai.

Sejurus selepas itu, Hadi Ho mengarahkan beberapa pimpinan kumpulan tersebut ditangkap bersama beberapa lagi penyokongnya sebelum dibawa ke balai dengan menaiki sebuah trak dan mengarahkan sebahagian lagi dari mereka beredar.

Kumpulan tersebut kemudiannya bergerak menuju ke Jalan Tunku Abdul Rahman dan mengadakan semula perhimpunan di hadapan Pasaraya Kamdar sehingga jam 4.30 petang.

Perhimpunan 'Black 14' diadakan setiap tahun oleh Gerakan Anwar Bebas (GAB) bertujuan mendesak kerajaan membebaskan bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Sri Anwar Ibrahim.

Ahli Jawatankuasa PAS, Dr Hatta Ramli dan Peguam Sivarasah Rasiah turut hadir menyertai perhimpunan itu. - HB/ER/zs





___________________________
Terbitan : 18 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)