Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

PAS kutuk pembunuhan Dr Abd al-Aziz al-Rantisi

Oleh Mohd Hafiz Baqi

KUALA LUMPUR, 19 April (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengutuk tindakan tentera Israel yang membunuh pemimpin Hamas, Dr Abd al-Aziz al-Rantisi.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan PAS semalam, Abdul Hadi berkata tindakan itu merupakan satu keganasan yang amat melampau dan tidak patut didiamkan oleh masyarakat antarabangsa.

"Pencinta-pencinta keamanan di seluruh dunia perlu mengutuk tindakan ini," kata beliau.

Kata Abdul Hadi, apa yang malangnya apabila tindakan kejam Israel itu mendapat sokongan daripada sebuah kuasa besar yang kononnya menentang keganasan didunia ini iaitu Amerika.

Katanya, satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden negara itu, George Bush jelas memberi semangat kepada Israel supaya menjadi lebih ganas.

Selain pada itu, Abdul Hadi dalam masa yang sama turut mengutuk tindakan ketenteraan Amerika ke atas rakyat Iraq.

Katanya, Amerika kononnya mendakwa membawa demokrasi tetapi menggunakan kekerasan senjata untuk berhadapan dengan rakyat Iraq serta tidak memberi hak kepada mereka mendapatkan hak mereka dalam tanah air mereka.

"Ini merupakan pencabulan terhadap hak asasi manusia, hak keadilan sejagat dan paling malang ia melibatkan pembunuhan orang-orang awam," katanya.

Dua hari lalu, 15 orang terbunuh dan 20 lagi cedera dalam serangan tentera Amerika ke atas sebuah bandar di Iraq, Fallujah.

Dengan jumlah tersebut, sekurang-kurangnya 600 penduduk Iraq terkorban akibat serangan tentera Amerika sejak beberapa hari lalu.

Selain itu, Masjid kedua terbesar di Fallujah, Hadret Mohammediya turut dibedil pada Khamis lalu. - mks.





___________________________
Terbitan : 20 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)