Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Calon PAS failkan petisyen terhadap PM

Oleh Mohd Sabri Said

GEORGETOWN, 19 April (Hrkh)- Dua orang bekas calon PAS bagi Parlimen Kepala Batas (P41) dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Penaga (N1), Ustaz Abdul Khalid Rasid dan Ustaz Sobri Arshad memfailkan petisyen pilihanraya di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pagi tadi.

Petisyen itu difailkan berikutan kegagalan calon BN, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Azhar Ibrahim gagal menyertakan perbelanjaan pilihan raya 1999 sepertimana yang termaktub dalam seksyen 32(b) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

Mereka diwakili peguam Darshan Singh. Selain Ustaz Subri Arshad turut bersamanya memberikan sokongan moral ialah Pengarah Majlis Tindakan Dun Penaga, Zulkiply Ishak dan Setiausaha MTD, Abdullah Talib.

Bagaimana pun, Ustaz Abdul Rashid tidak kelihatan kerana dikatakan telah selesai berurusan dengan peguam berkenaan semalam.

Pada hari penamaan calun 13 Mac lalu, Abdullah dan Azhar sepatutnya dibatalkan pencalunan kerana gagal mengemukakan perbelanjaan pilihanraya 1999 sepertimana yang berlaku pada N31 Subang Jaya, Selangor apabila calun DAP, K.C Cheah yang ditolak pencalonan ekoran perkara yang sama sehingga memberikan kemenangan percuma kepada calun Barisan Nasional (BN) Lee Hwa Beng.

Keputusan pilihanraya ke 12 pada 21 Mac lalu menyaksikan Abdullah berjaya mengekalkan kemenangan dengan majoriti 18,122 manakala Azhar Ibrahim mengalahkan Ustaz Subri dengan kelebihan 2,245 undi. -zs





___________________________
Terbitan : 21 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)