Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Saya ada maruah - bekas Pengarah YIT

KUALA TERENGGANU, 20 April (Hrkh) – Bekas Pengarah Yayasan Islam Terengganu (YIT), Haji Omar Sidek menegaskan bahawa beliau mempunyai maruah kerana dilantik secara sah melalui surat tawaran daripada kerajaan negeri.

Sehubungan itu, beliau telah membuat laporan polis terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Khazan Che Mat berhubung kejadian yang berlaku kepadanya pada 23 Mac lalu.

Laporan polis terhadap Adun Batu Rakit tersebut dibuat kerana bersifat ‘ugutan’ agar bekas Pengarah YIT itu tidak lagi datang untuk bertugas sebagai penjawat awam.

Beliau berharap pihak polis dapat melakukan siasatan berhubung kejadian tersebut yang disifatkan mengugut serta mengganggu pentadbiran.

“Wakil Rakyat Batu Rakit, Khazan Che Mat tiga kali ‘ugut’ saya supaya tidak lagi datang ke pejabat untuk bertugas sebagai pengarah Yayasan Islam Terengganu pada hari yang sama.

“Kali ketiga dia (Khazan) datang bersama empat rakannya dengan memberi amaran terakhir supaya saya keluar dan akan mengunci bilik pejabat saya,” jelasnya ketika ditemui di sini, kelamrin.

Beliau merasa terancam dengan ugutan tersebut kerana mengganggu serta menghalang bagi menjalankan tugas sebagai Pengarah YIT.

Laporan kedua turut dibuat berhubung pertukaran kunci biliknya atas arahan Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Insan YIT, Haji Mansur Ali.

Katanya, Mansur telah mengarahkan Encik Yusri dari Syarikat Daya Urus Sdn. Bhd supaya menukar kunci (iron molgery) bilik Pengarah YIT.

Menurutnya, laporan itu dibuat kerana bimbang ke atas keselamatan barang-barang peribadi serta dokumen-dokumen penting.

“Saya bimbang dengan keselamatan barang-barang peribadi saya dan dokumen penting yang ada dalam bilik itu sama ada semasa proses penukaran sedang dijalankan atau selepas itu kerana kemungkinan kunci bilik itu dipegang oleh Haji Mansur atau orang yang tidak berkenaan,” ujarnya.

Beliau yakin serta menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan dan pihak peguamnya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terbabit.

“Saya yakin pihak polis dapat melakukan siasatan terperinci di atas dakwaan itu dan tindakan Undang-undang akan diambil jika diperlukan terhadap mereka yang terlibat.

“Saya ada maruah dan harga diri kerana saya dilantik secara sah melalui surat tawaran daripada kerajaan negeri,” jelasnya.

Kedua-dua laporan polis tersebut dibuat di Balai Polis Kuala Terengganu pada 24 Mac lalu dengan salinan report bernombor 2176/04 dan 2177/04.-KAM/ayu





___________________________
Terbitan : 23 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)