Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Umno jaja 'Islam Hadhari' setelah gagal jual 'Negara Islam'

KOTA BHARU, 20 April (Hrkh) - PAS Kelantan meragui penggunaan istilah 'Islam Hadhari' terhadap negara ini oleh pemimpin Umno ekoran kegagalan mereka menjual jenama 'Negara Islam' yang telah dilaungkan sebelum ini.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS negeri, Ustaz Nik Mohd Amar Nik Abdullah, dalam kenyataannya berkata bukan itu sahaja, PAS juga turut meragui kesungguhan kerajaan melaksanakan Islam di negara ini memandangkan anggota kabinet yang dibentuk mereka tidak berlatarbelakangkan pendidikan agama.

“Bukan itu sahaja, ada di kalangan mereka mempunyai rekod tidak bersih termasuk individu yang pernah dituduh mengamalkan rasuah, berakhlak rendah dan sebagainya,” ujarnya lagi.

Menurutnya lagi, Islam adalah satu istilah yang lengkap serta sempurna di mana ianya merangkumi aspek-aspek aqidah, ibadah, akhlak, politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan seluruh aktiviti kehidupan manusia.

“Apa yang penting sekarang, bukan istilah 'Islam Hadari', tetapi pelaksanaan Islam yang menepati kehendak Allah dan Rasul sebagaimana yang telah digariskan sejak awal lagi,” ujarnya lagi.

Tambahnya, tiada ertinya slogan 'Islam Hadhari' dilaungkan, sedangkan pada waktu yang sama elemen-elemen mungkar terus berleluasa seperti politik wang dan salah guna kuasa sebagaimana yang berlaku dalam pilihan raya umum yang lepas.

Sambungnya lagi, bukan itu sahaja gejala kemungkaran lain dibiarkan berlaku dalam masyarakat seperti arak, judi termasuk hiburan berunsur lucah.

“Selain itu, kezaliman, pilih kasih dan salah guna kuasa terus menghantui rakyat seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),” ujarnya.

Perkara-perkara sebegini jauh menyimpang dari istilah 'Islam Hadhari' yang ingin ditonjolkan oleh kerajaan. - SMH/mks.





___________________________
Terbitan : 23 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net  atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)