|

|
SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun |
|
PAS kemuka petisyen pilihan raya di enam negeri – Mustafa Ali
Oleh Hafiz Mohd Baqi
KUALA LUMPUR, 20 April (Hrkh) – PAS akan mengemukakan petisyen pilihan raya di sekurang-kurang enam negeri, kata Pengarah Pilihan Rayanya, Dato' Mustafa Ali hari ini.
Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, negeri yang dikenal pasti itu ialah Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Johor.
Katanya, jumlah tersebut mungkin bertambah sekiranya negeri lain mengemukakan petisyen kerana pihaknya belum membuat keputusan muktamat.
Bagi Terengganu kata beliau, PAS mengemukakan tiga petisyen bagi kawasan Parlimen iaitu Marang, Dungun, dan Kuala Terengganu manakala satu petisyen bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Dun Sura.
"Pertambahan jumlah pengundi secara luar biasa akan dijadikan bukti oleh PAS dalam mengemukan petisyen di negeri (Terengganu) ini," kata beliau dalam sidang akhbar di pejabat Harakah di sini.
Setakat ini PAS sudah mengemukakan dua petisyen iaitu di kerusi Parlimen (P41) Kepala Batas dan Dun (N1) Penaga oleh bekas calon PAS di kawasan berkenaan iaitu Ustaz Abdul Khalid Rasid dan Ustaz Sobri Arshad.
Sementara itu, beliau juga berkata PAS mendesak penubuhan sebuah suruhanjaya bebas untuk mendapat gambaran jelas berhubung pengendalian pilihan raya umum lalu. – lanh
___________________________
Terbitan : 24 April 2004
Ke atas
Home
|
|