Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Kerajaan perlekehkan soal disiplin dan keselamatan peserta PLKN

KUALA LUMPUR, 20 April (Hrkh ) - Pengakuan Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Dato' Dr Ahmad Fawzi Basri bahawa pihaknya tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyelidik latar belakang jurulatih disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab dan defensif.

Presiden Parti keADILan Rakyat, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail,berkata kenyataan tersebut menunjukkan kerajaan memandang mudah dan memperlekehkan soal disiplin serta keselamatan pelatih yang dipaksa mengikuti latihan tersebut yang bermula awal Februari lalu.

Menurut laporan akhbar, Fauzi mengakui bahawa MLKN tidak menyaring jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebelum dipilih kerana kesuntukan masa untuk memulakannya.

Katanya, pengambilan mereka berdasarkan andaian bahawa anggota tentera dan bekas tentera mempunyai tahap disiplin yang tinggi.

Reaksi tersebut diberikan ekoran berlaku kes penahanan seorang jurulatih PLKN yang dikait kan dengan kes rogol seorang peserta yang berusia 17 tahun di Kem Merang, Terengganu baru-baru ini.

Dalam pada itu Azizah berkata, jaminan Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa program PLKN akan dapat melahirkan golongan remaja lebih dedikasi ternyata jaminan kosong apabila pengerusinya mengakui mereka tidak membuat kaji selidik yang cukup terhadap jurulatih.

"Lebih mengejutkan lagi apabila beliau hanya membuat anggapan bahawa jurulatih yang dipilih sememangnya layak dan warga yang baik," katanya .

Katanya, pengakuan tersebut dilihat sebagai bukti betapa insiden-insiden jelek yang berlaku di kem-kem terbabit antaranya pergaduhan, gangguan seksual pelatih wanita, merokok, jurulatih tidak dibayar gaji dan yang paling keji ialah kes rogol yang melibatkan jurulatih sendiri sebagai kelemahan dan kegagalan PLKN sendiri.

Sehubungan itu, katanya kepercayaan yang diberikan ibu bapa kepada kerajaan meleset apabila kerajaan gagal memberi penekanan kepada isu disiplin dan keselamatan para pelatih. - RR/mks.





___________________________
Terbitan : 24 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)