Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Nik Adli, tahanan ISA lain failkan permohonan 'habeas corpus'

KUALA LUMPUR, 22 April (Hrkh) - Anak Menteri Besar Kelantan, Nik Adli Nik Abdul Aziz dan beberapa tahanan lain di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang masih dikurung sejak 2001 di Kem Tahanan Kamunting (Kemta), memfailkan permohonan perintah 'habeas corpus'.

Setiausaha Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Yap Swee Seng dalam kenyataanya kepada Harakahdaily hari ini menegaskan, tindakan memohon mengadakan perintah 'habeas corpus' dibuat dalam usaha membebaskan mereka yang ditahan tanpa mengikut undang-undang.

Katanya, Nik Adli dan beberapa tahanan lain sepatutnya bebas pada Disember 2003. Bagaimanapun Menteri Dalam Negeri (KDN), Abdullah Ahmad Badawi ketika itu mengarahkan tahanan ke atas mereka dilanjutkan.

Beliau berkata, Nik Adli sepatutnya bebas berikutan tidak pernah menimbulkan masalah ketika berada dalam tahanan dan proses pemulihan.

Selain itu, hingga kini kerajaan terutamanya KDN tidak pernah membawa tahanan ke muka pengadilan bagi membuktikan kesalahan mereka.

Antara peguam yang akan mewakili Nik Adli dan tahanan lain ialah, Ahmad Sabkhi Yusof, Edmond Boon dan Edward Saw.

Nik Adli ditahan di bawah ISA pada 4 Ogos 2001 dan dihantar ke Kemta pada 25 September 2001.

Pada Mac lalu, Nik Adli telah mengetuai beberapa tahanan melancarkan kempen mogok lapar berikutan keputusan KDN yang diketuai Abdullah meneruskan penahanan beliau dan beberapa yang lain di bawah ISA.

Antara individu yang didakwa mempunyai kaitan dengan KMM yang ditahan ISA sejak 2001 ialah Murad Halimmuddin Hassan, Muhammad Azian Abdul Rahman, Mohd Rashid Ismail,Ahmad Tajuddin Abu Bakar, Solehan Abdul Ghafar, Alias Ngah, Zainun Ismail @ Cikgu Nan, Ahmad Pozi Darman, Abu Bakar Che Doi, Asfawani Abdullah, Mohamed Lothfi Ariffin, Khairuddin Saad, Muhamad Zulkepli Mohamad Isa, Muhamad Zulkifli Mohamad Zakaria, Mohd Salleh Said dan Zid Sharani Mohamad Isa. WN/lanh





___________________________
Terbitan : 25 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)