Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Kalau berani, buat pilihan raya seluruh negara - Husam

KOTA BHARU, 25 April (Hrkh)-Pemuda Umno boleh mencadangkan pemimpin mereka mengadakan pilihan raya semula seluruh negara jika mereka berani sebagaimana yang didakwa ketuanya, Hishamudin Tun Husein.

Exco Kerajaan Kelantan, Husam Musa berkata, di peringkat Pusat juga menghadapi petisyen pilihan raya bukan di Kelantan sahaja.

"Bahkan akan ada writ saman di peringkat Pusat untuk memohon mahkamah agar diadakan pilihan raya semula di seluruh negara.

"Ini berasaskan pelbagai kelemahan dan penipuan yang berlaku dalam pilihan raya umum lalu," kata Husam.

Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan menjawab cabaran Ketua Pemuda Umno, Hishamudin Tun Husein yang meminta kerajaan PAS di Kelantan membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihan raya diadakan semula.

Ini berikutan dari kenyataan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Nik Amar Nik Abdullah yang meminta Umno jangan terlalu menekan kerajaan negeri.

Jika berlebihan sangat PAS tidak akan teragak-agak untuk mengadakan pilihan raya semula di Kelantan.

Menurut Husam, sehingga kini, kerajaan negeri belum membincangkan perkara itu dan kalau adapun rancangan itu dibuat, ia bukan berasaskan tekanan pihak luar khasnya Umno.

Beliau juga memberikan jaminan PAS sehingga kini tidak ada rancangan untuk mengadakan pilihan raya semula semasa perhimpunan agung Umno kerana sehingga kini PAS tidak ada sebab untuk berbuat demikian.

"Yang menjadi fokus kerajaan negeri sekarang adalah untuk membangunkan negeri ini untuk kepentingan rakyat dan mengurangkan politiking," kata Husam yang juga AJK PAS Pusat.

Bagi beliau, cabaran Hishamudin itu hanya melambangkan keangkuhan Pemuda Umno.

"Yang dia nampak politik untuk berkuasa semata-mata," kata Husam.

Bagi beliau kenyataan Nik Amar adalah kenyataan yang melambangkan kesediaan PAS untuk menghadapi pilihan raya dan satu kenyataan 'perang saraf' dari PAS.

Bagi Husam, Hishamudin sepatutnya memperjelaskan kepada umum bagaimana pelbagai kecelaruan boleh berlaku dalam pilihan raya umum lepas.

"Dia juga patut menjelaskan bagaimana kenaikan mendadak pengundi di Terengganu menjelang pilihan raya 2004 sehingga 17.8 peratus sedangkan peringkat Pusat hanya 7 peratus saja," kata Husam. -ZS





___________________________
Terbitan : 26 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)