Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Tahanan ISA failkan saman kerana tidak dibenarkan solat Jumaat

KUALA LUMPUR, 23 April (Hrkh) - Enam belas tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah memfaikan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi kerana tidak dibenarkan bersolat Jumaat.

Peguam, Hanifa Maidin menegaskan, pihaknya melalui peguam Tetuan Fazarudin and Co mewakili Nik Adli Nik Abdul Aziz dan 15 lagi tahanan ISA memfailkan saman kepada Menteri Dalam Negeri (KDN), Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Pengarah Kem Tahanan Kamunting (Kemta).

Tahanan yang turut memfailkan saman ialah, Zainon Ismail, Mohd Azian Abdul Rahman,Mohd Lotfi Ariffin, AbdulRashid Ismail, Mohd Zulkifli Md Isa, Mat Salleh Said, Ahmad Pozi Darman,Solehan Abdul Ghaffar, Alias Ngah, Abu Bakar Che Doi, Ahmad Tajuddin Abu Bakar, Asfawani Abdullah, Murad Halimuddin Mohd Hazmi Ishak dan Khairuddin Saad.

Kata Hanifa, Nik Adli dalam afidavitnya menyebut, sejak beliau dan plaintif lain ditahan melalui perintah tahanan yang dikeluarkan oleh KDN, tahanan tidak pernah dibenarkan bersembahyang Jumaat walaupun sekali sejak 2001.

"Tindakan KDN tidak memberi tahanan sembahyang Jumaat adalah tidak sah, bertentangan dengan Perlembagaan Negara Perkara 11 (1) hak kebebasan beragama dan mengamalkan aktiviti keagamaan," tegasnya lagi.

Selain itu, tindakan itu juga kata Hanifa turut melanggar Perkara 8 (1) dalam Perlembagaan Negara iaitu tahanan didiskriminasi untuk tidak bebas mengamalkan kegiatan agama seperti orang awam di luar tahanan.

Menurut Hanipa lagi, anak guamannya mengadu bahawa kesan dari perintah tidak membolehkan mereka bersembahyang membuatkan psikologi dan mental mereka terganggu.

Justeru kata Hanifa, anak guamanya berharap pihak Mahkamah akan membatalkan tindakan defendan-defendan terbabit, sementara mengembalikan hak asasi tahanan untuk melakukan aktiviti keagamaan mereka yang dinafikan Abdullah dan Kemta.

Hanipa dalam responsnya kepada Harakahdaily turut mengutuk keras tindakan Abdullah yang dianggap tidak selari dengan tuntutan Islam yang sebenar.

"Islam mana yang Abdullah ikut, kalau tahanan pun tidak dibenarkan bersembahyang," tegas Hanipa yang turut ditemani oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabkhi Yusof.

Ke semua plaintif yang memfailkan saman ke atas Abdullah dan Pengarah Kemta adalah individu yang ditahan berikutan tuduhan terbabit dengan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) pada tahun 2001 dan 2002.

Hingga kini mereka masih berada dalam tahanan berikutan arahan pelanjutan tahanan yang dibuat oleh KDN pada Disember lalu. - WN/mks.





___________________________
Terbitan : 26 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)