Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Kekalahan PAS bukan sekadar kerana 'berebut harta musuh' - Kamarudin

KELANA JAYA,26 April (Hrkh)- AJK PAS Pusat, Dato' Kamarudin Jaafar mengingatkan pendukung PAS supaya memperincikan dengan mendalam ketewasan tentera muslimin dalam perang Uhud ketika membandingkan dengan kekalahan PAS dalam pilihan raya baru lalu.

"Ketewasan perang Uhud bukan sekedar berebut harta musuh yang ditinggalkan dan melanggar arahan Rasul. Walaupun itu elemen yang sangat penting menyebabkan kekalahan tentera muslimin, tetapi ada aspek lain lagi yang juga menyebabkan kekalahan tersebut," katanya ketika berucap di Perasmian Mesyuarat Agung Kawasan Kelana Jaya di sini semalam.

Menurutnya, "Dalam menganalisis kekalahan, kita mesti renungkan kembali mana dia jentera PAS yang bergerak secara sistematis, di mana kesilapan strategi kita, masalah imej PAS dan segalanya.

"Ini mesti dibetulkan. Kita perlu membuat perubahan untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Menurut beliau, pendukung PAS mesti arif dengan 'game of the election' dalam demokrasi yang ada ini. Pihak BN telah merancang untuk menawan Terengganu dan Kelantan serta mempertahankan Kedah sebaik-baik saja mereka tewas di kebanyakan kawasan dalam pilihan raya umum 1999 dulu.

Kata Dato' Kamarudin, mereka telah merancang menambah pengundi - walau apa carapun - secara besar-besaran, jangan ada sebarang halangan mereka yang hendak mengundi walaupun beberapa kali, persempadanan semula yang memberi kelebihan kepada BN, curahan wang, ugutan, serangan media massa dan sebagainya.

"Ini kerja besar mereka sejak lama dulu. Kita kurang menyedari atau tidak sangka Umno/BN melancarkan strategi besar-besaran seperti ini. Mereka merancang merampas kembali Terengganu dan Kelantan serta mempertahankan Kedah lama dulu," katanya.

Ahli Parlimen Tumpat itu mengingatkan ahli PAS terus bekerja kuat, membuat perubahan dan sebagainya. "Kerja ini mesti dimulakan daripada sekarang secara besar-besaran," katanya.- ASH/zs





___________________________
Terbitan : 28 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)