Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Kira-kira 3,300 remaja Islam dijangkiti HIV di Perak

Oleh Mohamad Hashim

KUALA KANGSAR, 26 April (Hrkh) - Mufti negeri Perak, Dato' Seri Haji Harussani Haji Zakaria menyatakan bahawa ketika ini di negeri tersebut terdapat seramai 3,300 orang Melayu yang dijangkiti H.I.V.

Beliau berkata demikian, ketika menjadi ahli panel bersama dengan Sheikh Mohamad Noor al-Hafiz dalam majlis Forum Perdana yang diadakan di Badan Khidmat At-Taif, Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar semalam.

Beliau berkata, perangkaan tersebut diperolehi daripada Ketua Pengarah Kesihatan negeri Perak dan Timbalannya yang baru-baru ini telah datang berjunjung ke pejabatnya.

Dalam kunjungan tersebut, beliau diminta membantu untuk menyelamatkan remaja Melayu Islam yang mana seramai 3,300 orang telah dijangkiti virus berkenaan.

Pada pertemuan tersebut, Pengarah Kesihatan tersebut melahirkan kebimbangan jika kesemua remaja Islam berkenaan berkahwin pada tahun ini, dibimbangi kelak pasangan masing-masing akan dijangkiti dan angka yang dijangkiti akan bertambah kepada 6,600 orang.

Selain itu, dalam majlis yang sama Harussani turut mendedahkan bagaimana pengkaji intelektual Islam di peringkat antarabangsa mendapati bahawa umat Islam hari ini hanya menguasai ilmu Islam kira-kira 30 peratus sahaja.

Manakala dalam konteks tempatan iaitu di Malaysia, hanya sebanyak 10 peratus sahaja yang mendalami ilmu Islam itupun dalam bab solat.

Oleh yang demikian, katanya tidak hairanlah Malaysia yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai pusat perkembangan Islam sudah mula dilupakan kini. - mks.





___________________________
Terbitan : 28 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)