Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Jangan Berhenti Berdoa Kepada ALLAH Setiap Siang dan Malam

Hadis 19

Hadis 19 dari 40 Hadis Imam Nawawi:

Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a :

"Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW di atas binatang tunggangannya , lalu sabda baginda: "Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan.

1. Peliharalah ( perintah ) ALLAH, nescaya DIA akan memelihara kamu,

2. Peliharalah ( kehormatan ) ALLAH, nescaya engkau akan merasa DIA ada bersama-samamu.

3. Jika engkau memohon, pohonlah kepada ALLAH semata-mata.

4. Jika engkau meminta pertolongan, mintalah kepada ALLAH semata-mata.

Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu manfaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi manfaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditentukan oleh ALLAH.

Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan ALLAH ke atas kamu.

Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) pada buku catitan. "





___________________________
Terbitan : 25 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]  atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD (Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)