|

|
SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegang : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun |
|
Pembebasan Ezam - Adakah Sesuatu Di Sebaliknya?
Berita pembebasan Ezam dari pertuduhan OSA baru-baru ini seharusnya disambut
dengan penuh kegembiraan di kalangan reformis sekelian. Apa tidaknya, Ezam
adalah di antara penggerak yang meniup semangat dalam jatuh bangun gerakan
reformasi di tanah air.
Namun, malam tadi IB digemparkan dengan suatu maklumat yang menimbulkan seribu
macam persoalan. Betul atau tidak? Apa akan jadi jika ianya benar?
Apa yang IB akan sebut di sini adalah maklumat yang IB terima dari golongan yang
agak boleh dipercayai. Namun kita harus sentiasa berwaspada apakah mungkin
maklumat ini suatu yang sengaja disebarkan untuk melemahkan kita. Diharap sesama
reformis, jika ini benar-benar berlaku – kita harus fikir akan prinsip
perjuangan kita. Apakah ianya begitu mudah luntur? Jika ini tidak akan berlaku
– Alhamdulillah.
Menurut sumber ini, pembebasan Ezam adalah rentetan dari beberapa peristiwa yang
telah pun berlaku sebelum ini. Pembebasan ini juga adalah untuk memudahkan
laluan bila sesuatu itu nanti akan berlaku.
Memang benar bahawa telah berlaku beberapa perjumpaan Ezam dengan beberapa orang
wakil dari pihak-pihak tertentu untuk Ezam meninggalkan Anwar dan reformasinya.
Malah desas-desus yang pernah satu ketika berlaku hampir 99% kebenarannya (kata
sumber itu).
Namun ada sesuatu yang tidak kena dan ada beberapa tangan yang telah masuk
campur yang menyebabkan peristiwa itu tidak berlaku. Sumber itu menyebut
beberapa nama yang terlibat dalam campur tangan itu.
Pembebasan Ezam adalah di antara usaha untuk memberi laluan mudah bagi Ezam
untuk bertanding dalam pilihanraya akan datang jika Ezam jadi masuk UMNO. Kalau
Ezam tetap dihukum bersalah, maka pemergian Ezam ke dalam UMNO tidak membawa
erti kerana Ezam sudah tidak mempunyai taringnya untuk bergelut dalam UMNO dan
pilihanraya nanti kerana telah disabit dan dipenjarakan.
Menurut sumber ini lagi, mahkamah kita kan kita punya. Walau apapun bukti dan
sanggahan yang diberikan oleh peguam Anwar, dia tetap ke Sg Buloh. Apa-apa usaha
pembebasan melalui proses rayuan sengaja dilambatkan untuk tujuan tertentu. Kes
Ezam lagi mudah.
IB yakin akan terdapat beberapa pihak yang kurang senang dengan apa yang IB
sampaikan ini. Namun, IB rasa ianya perlu diumumkan dengan harapan dikuatkan
semangat Ezam untuk tidak meninggalkan gurunya DSAI yang menderita. Tidak
seperti beberapa kerat yang sebelum ini. Tetapi jika ini tidak dapat dihalang
lagi – maka terbuktilah perancangan jahat sesetengah pihak amatlah rapi dan
menyeluruh. Kita harus mengambil iktibar dan memperkuatkan lagi semangat dan
perencanaan kita.
Sebelum kami habis perbualan malam tadi, sumber ini memberi suatu lagi nama yang
mungkin sedang dirancang sama seperti Ezam dan juga mempunyai kedudukan yang
penting dalam parti Keadilan dan juga mempunyai masalah dan situasi yang hampir
serupa dengan Ezam.
Sekian
Ibrahim Baba
20 April 2004
___________________________
Terbitan : 23 April 2004
Ke atas
Home
|
|