Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Pengkhianatan SPR : `Jagoan (BA) Rosterum` Terus Beretorika

. Sepertimana para pendokong perjuangan rakyat yang lain,hati saya benar-benar remuk ketika berdepan dengan keputusan p/raya umum ke 11 yang menyaksikan Barisan Alternatif kehilangan hampir 75 persen pencapaian jika dibandingkan dengan prestasi 1999 lalu.

Namun terlebih sedih hati ini apabila melihat gelagat sebahagian daripada para pembesar dan penyokong BA yang terlalu memarahi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),seolah-olah sebelum ini badan itu tidak pernah sedikit pun terlibat menjadi talibarut Umno BN untuk mencabul dan meliwat demokrasi.

Mereka seharusnya sudah lama menerima hakikat bahawa setiap p/raya yang mereka sertai sejak dulu lagi tidak pernah menyajikan ketelusan dan kesaksamaan.Semuanya serba terselindung dan pincang.

Seperti kerapkali dilaungkan mereka masih memilih kaedah berpilihanraya untuk menukar kuasa politik ditanahair tercinta ini. Ertinya mereka tetap komited dengan sistem tersebut meskipun mereka tahu sistem yang sepatutnya murni itu tidak pernah terserlah kemurniannya gara-gara kerakusan sang penguasa yang bermentaliti jakun barbarik.

Lantas perlu apa ribut-ribut apabila menyedari diri sudah ditipu hidup-hidup ? Jika tidak bersedia untuk dibohongi oleh Umno BN dan mesin propagandanya mereka sepatutnya tidak perlu bersusah payah berpilihanraya,kerana tiada sesaat pun Umno BN akan memberi ruang kepada BA untuk menang.Begitulah adat berpilihanraya ! apatah lagi p/raya versi Umno BN !

Langkah kebanyakan para pembesar dan penyokong BA untuk menyelongkar habis-habisan kerja jahat SPR yang ditunggangi oleh Umno BN itu,seharusnya disokong oleh segenap lapisan rakyat tanpa mengira pegangan politik mereka.

Namun secara peribadi saya masih curiga sama ada kepimpinan yang mendominasi politik BA kini mampu berbuat sesuatu untuk memaksa Dolah Badawi akur kepada resolusi bahawa p/raya kesebelas tempuh hari adalah haram setelah segala kecurangan SPR Umno BN didedahkan melalui `siasatan rakyat` yang bakal diendorskan (?) oleh perundangan nanti.

Setakat ini saya kurang yakin gabungan para pembesar BA yang kebanyakannya `jagoan rosterum` itu mampu berbuat sesuatu diluar dari kebiasaan resam politik mereka.

Resam politik mereka yang terlalu berpegang kepada pantang larang dan aneka andaian itu tidak akan membawa sesiapapun kemana-mana melainkan mengarahkan supaya para penyokong BA dan rakyat marhaen terus bersabar sementara menanti p/raya umum ke 12 lima tahun lagi.

Kalau Barisan Alternatif mahu terus disokong rakyat marhaen dan kawan serta disegani lawan,seharusnya segala pantang larang zaman bahari dan andai-andaian kuno yang sudah tidak relevan dilontar jauh-jauh.

Apa dia pantang larang dan andai-andaian kuno itu ? Antaranya ; tidak boleh bertindak diluar batas perundangan (walaupun perlaksanaan perundangan itu double standard), tidak boleh berdemonstrasi,tidak boleh keterlaluan…..takut nanti dituduh ganas,takut nanti pemimpin ditangkap,takut nanti darurat diisytiharkan,takut nanti parti diharamkan…………

Persoalannya apakah pantang larang dan andai-andaian kuno itu tadi jika tidak lagi dipatuhi akan meruntuhkan gerakan rakyat yang mahukan perubahan ?

Jangan biarkan rakyat marhaen nanti bosan gara-gara pemimpin bertaraf `jagoan rosterum` terlalu berat mulut untuk mengajak massa melancarkan `perang jalanraya` bagi menyedarkan sang penguasa bahawa mereka bukan `superpower` yang tidak boleh diganggu gugat.

Percayalah sama ada kita mahu p/raya diadakan semula atau apa sahaja resolusi,nescaya semua itu tidak dipedulikan oleh Dolah Badawi Mahatemberang kecuali terlebih dahulu jalanraya kita jadikan gelanggang.

Belum cuba belum tahu,lebih baik mencuba meskipun gagal dari berdiam diri tetapi terus ditipu hidup-hidup ! Bukankah itu bacul namanya !

Ezam Mohd Noor,Tian Chua,Hishamuddin Rais dan Mohammad Sabu tentu bersetuju dengan saya,yang lain macam mana ?

Inderaloka.





___________________________
Terbitan : 2 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)