Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Reformasi peti undi – jalanraya suatu kemestian.

Keadilan dan kebenaran suatu kewajiban

Menegakkan keadilan dan kebenaran adalah matlamat perjuangan manusia sejak Adam as diberi tugasan sebagai wakil Allah swt diatas muka bumi. Ertinya setiap keturunan Adam as diwajibkan memperjuangkan keadilan dan kebenaran.

Menyimpang dari perjuangan tersebut bemakna mereka pendokong kezaliman dan kepalsuan.Keturunan Adam yang mahu hidup sebagai manusia sebenar sejak baligh sehinggalah maut menjemput mereka, tiada pilihan lain kecuali mendokong amanah murni tadi.

Kegagalan mendokong amanah tersebut akan menjerumuskan mereka sama ada sebagai haiwan atau syaitan yang berbadankan manusia.

Di tanahair tercinta sejak 1959 bukan sahaja pembangkang bahkan Umno dan sekutunya juga mendakwa sebagai penegak keadilan dan kebenaran.

Namun keputusan politik yang dibuat melalui peti-peti undi tidak memihak kepada pembangkang natijahnya terlaksanalah `keadilan dan kebenaran` versi Umno-Perikatan – BN untuk sekian lama.

Keadilan dan kebenaran wajib tertegak di peti undi terlebih dahulu.

Sekiranya para pemimpin dan penyokong BA masih memilih kaedah demokrasi untuk menyingkirkan Umno BN ,mereka harus berpegang teguh kepada pendirian bahawa permulaan kepada proses itu adalah didalam peti-peti undi.

Jika peti-peti undi itu siang-siang sudah diprogramkan untuk menolak keadilan dan kebenaran sepertimana yang berlaku dinegara-negara `jakun ` termasuklah negara Islam Hadhari Malaysia sampai bila-bila pun Umno BN akan terus berpesta menafikan hak rakyat.

BA dilihat belum pun bersedia untuk menumbangkan Umno BN melalui kaedah selain p/raya untuk sekurang-kurang nya dua dekad mendatang..

Riuh rendah dan suasana gamat yang dicetuskan oleh BA selepas 21 Mach 2004 itu pun,bukan bertujuan menghasut rakyat untuk berevolusi tetapi hanya sekadar memanifestasikan kemarahan dan kekecewaan kerana p/raya umum kesebelas tempuh hari berjalan didalam suasana paling kotor dan menjijikkan.

Setakat ini hanya bantahan berbentuk tradisional-konservatif sama ada yang disalurkan melalui badan-badan tertentu seperti Suhakam dan kemungkinan melalui saluran perundangan sahaja yang dilihat sedang dan akan dilaksanakan.

Wibawa Suhakam telah terbukti belum sedikit pun mampu merobah keangkuhan Umno BN- begitu juga peranan mahkamah, manakala bantahan rakyat melalui siri `stage show sentimental` (pertunjukan pentas- ceramah) yang serba terbatas itu pun nanti tidak sampai kemana perginya,habis-habis ditertawakan Dolah Badawi sahaja.

Lalu apa pilihan yang masih ada untuk membersihkan peti-peti undi itu dari terus dilumuri najis oleh tangan sang penguasa bacul ?

Jalanraya jawapan yang pasti.

Kalau masih percayakan demokrasi maka para pemimpin dan penyokong BA mesti berani merobah bantahan berbentuk tradisional-konservatif tadi kepada yang lebih agresif dan sesuai dengan tuntutan semasa.

Anwar Ibrahim sudah pun melakukannya pada September 1998 hasilnya gelombang kebangkitan rakyat berjaya dicetuskan sehingga Umno hampir-hampir sahaja lemas jika tidak menumpang perahu MCA dan MIC.

Malang sekali gerakan yang dipelopori Anwar itu hanya mampu bertahan sehingga April 2001 – selepas itu segala-galanya sepi dan longlai apabila para penggerak utama `road show` ( demonstrasi jalanraya) diISAkan.

Amat mendukacitakan apabila `road show` itu hampir-hampir dilupakan sama sekali sehingga sampai kesatu tahap; perbicaraan Anwar hanya menarik minat beberapa puluh orang penyokong sahaja . Ketika itu para pembesar BA yang sedang berenak-enakan dengan kerusi Parlimen dan Dun , seolah-olah tidak lagi mempedulikan nasib Anwar.

Apa pun tidak guna semua itu diungkit-ungkit. Yang penting jika peti undi itu mahu direformasikan-hanya `jalanraya` saja jawapan yang pasti. Bukan Suhakam,bukan mahkamah jauh sekali stage – stage show yang hanya diwarnai oleh aksi pemuka-pemuka BA dengan pelbagai retorikanya.

Jumaat lalu 2 April 2004 selepas menyerahkan Memorandun Bantahan Penyelewengan SPR kepada Suhakam , Azmin Ali Naib Presiden keADILan sudah pun mengisytiharkan bahawa SPR-Dolah Badawi Umno BN hanya boleh diajar melalui jalanraya sahaja. Tiada cara lain !

Memadaikah Azmin Ali dan keADILan yang berkata begitu ?Bagaimana pula dengan para pembesar BA yang lain- masihkah kalian dibelenggu dengan mitos bahawa jalanraya itu adalah simbol rusuhan sebagaimana yang ditakrifkan oleh Umno BN ?

Kalau kalian masih bersetuju dengan takrifan Umno BN itu,tunggu sajalah untuk ditipu lagi pada p/raya umum ke- 12 nanti dan yang pasti wira rakyat Anwar Ibrahim akan terus disiksa sehinggalah April 2009 apabila dia dibebaskan nanti –itu pun jika hayatnya masih ada!

Ada sesiapa diantara jagoan BA yang merasakan diri mereka lebih hebat dari Anwar Ibrahim? Kalau ada sila tunjukkan kepada ku dan rakyat marhaen apakah kaedah yang paling efektif untuk menghentikan kezaliman Mahathir-Dolah Badawi Umno BN.

Sebenarnya aduhai para ulama dan pembesar BA sekalian,tuan-tuan semua hanya perlu memberanikan diri dan mengajak orang lain jadi berani - Insya Allah `road show`(demonstrasi jalanraya) itu akan berjaya dan p/raya ke 11 pasti diadakan semula ! Kalau masih berdolak dalik lebih baik berkhlawat saja dirimba raya tak perlu lagi berpolitik dan berp/raya..

Inderaloka.





___________________________
Terbitan : 7 April 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)